Komponen dalam Akaun Perdagangan Untung Rugi/Perakaunan T4 Bab 2 (Part 1)

Hai guysss, kembali lagi dlm blog pendidikan iaitu perakaunan! 

Seperti yg dijanjikan, saya nk memberikn penjelasan utk bab seterusnya iaitu, komponen-komponen yg ada dalam penyata kewangan iaitu:

1) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi

2) Penyata Kedudukan Kewangan


So, kita mulaii dngn first penyata iaitu, Akaun perdagangan dan untung rugi 

Banyak kan komponen dlm utk yg penyata ni. Sokay saya akan cover satu per satu. Insha Allah diharapkan penerangan saya utk setiap komponen akan memenuhi kefahaman korg.

1) Start drpd Jumlah Jualan. Jumlah jualan ini adalah hasil jualan yg korg dpt utk setahun tuh. Contoh korg punya jualan rekod dalam bulan2. Jualan korg sebulan saya cuma anggar jelah ye, iaitu sebanyak RM2,000. Jadi nak tau setahun, darab je dngn 12 bulan, dapat RM24,000. So letak dkt penyata tu.

2) Then, Pulangan Jualan. Yg ini, bila berlakunya customer korg pulang balik  barang yg korg dh jual dkt dia. Sebab apa dia jual? Antaranya sebab2nya ialah, salah model, kuantiti terlebih, rosak, salah jenama, dan lain2 yg alasannya munasabah. Jadi, bila dh tak jadi jual, kuranglah hasil jualan korg. Terpaksa tolak ngn jumlah jualan tdi.

3) Jualan bersih tu fhm2lah ye. Bila jumlah jualan dh tolak ngn pulangan jualan tdi. So itulah jualan sebenar korg utk tahun itu.

4) Kos jualan ni rumit sikit. Bnyk benda kena amik kira. Bermula inventori awal. Inventori ni adalah barang2 jualan korg drpd thn lps. Kiranya inventori thn lps dibawa ke thn ini. Sng citernya, macam korg beli buah, then setelah beberapa hari korg beli lagi buah utk topup yg dh tinggal sikit. Tapi ada buah yg lama tu, masih lagi okay dan boleh dimkn. Takkan nk buang? Jadinya kita akan ltkkan buah tu paling atas supaya buah yg lama tu akan habis dulu. Mcm inventori awal lah. Kena jual dulu inventori yg lama tu. Dan sebab itu dipanggil inventori awal.

Seterusnya jumlah belian. Jumlah yg korg beli produk korg drpd peniaga lain. Kalau nk citer psl produk korg keluar sndiri yg tu lain bahagian eh. Yg ni kita citer yg mudh fhm, produk2 yg dh siap dijual balik pd org hah gitu. Dgn kata lain korg beli drpd kilang then jual dkt kedai korg. Macam biasa pengiraan dia sama mcm jumlah jualan. Sebulan korg buat belian dngn berjumlah RM1,400, then setahun darab 12 bulan dpt RM16,800. 

Pulangan belian. Sama je konsep mcm pulangan jualan tdi, tapi yg ni korg plk yg pulangkan barang   dibeli kepada peniaga tersebut.

Then setelah inventori awal + jumlah belian - pulangan belian dapatlah belian bersih korg yg sebenar benarrrnya.

Okay 4 benda tu iaitu, angkutan masuk, duti import, upah atas belian, insurans atas belian. Yg ni kos2 yg masa korg beli brg korg tu, ada termasuk kos2 mcm ni. Dia direct way punya kos. Angkutan masuk ni mcm, barang korg bnykkan, so kena lah ada lori or something transport utk angkut brg2 korg tu utk dihantar ke kedai. So dri situ dia caj kos utk bwk brg2 korg tu. Duti import ni lebih pd brg2 korg yg beli dkt luar negara. Org biasa panggil cukai import. Sbb tu brg luar negara mahal, ada cukai importt. Upah atas belian ni klu ikut sy punya kefahaman, korg mcm minta seseorg utk belikan brg korg, so bls balik melalui bayaran upah. Yg terakhir tdi insurans atas belian. Yg ni pun klu ikut sy punya fhmlah kan, kemungkinan produk korg tu exclusive gitu, so kena jaga2 bila nk bwk. So dngn ada nya korg byr insurans utk brg2 korg tu, akan ada lah jaminan dkt brg korg klu tiba2 ada benda berlaku dkt brg tu masa penghantaran dijalankan. Hah gitu, mcm mak ayah kita amik insurans utk masa dpn. Kalau accident ke apa, insurans ni lah yg akan bantu u guyss. Sekian dri sy penjelasan utk 4 beradik ni hahaha.

5) Inventori akhir. Yg ni stok2 yg balance, yg tak terjual utk tahun ni dn dinamankan inventori akhir. Kenapa tolak? Sbb tak termasuk kos jualan, drpd jumlah belian tu, ada inventori yg tak habis, jadinya kita kena tolak sbb tak masuk dalam pengiraan kos kita jual ni. Apa nak buat dngn  inventori akhir ni? Takkan nk buangg bazirr. Jadi masukkan dkt inventori awal pd thn dpn. Dan yg ni special sbb inventori akhir akan direkodkan juga dalam penyata kedudukan kewangan under aset. Nnti korg akan tau nnti. Btw biasa stok akhir bawa hadapan ni produk yg thn lama. Cth mcm beg ke, kenderaan ke, alatan2 ke. Tapi sesetengah barang berasaskan makanan mmg tak boleh bawa thn dpn, cnth nasi lemak. Hah tak logik, bkn takat thn dpn, esok tu dh basi. Klu mcm rempah ratus, tin, sos botol, tu boleh, klu blum expired lagi, selagi tu bleh jual.

6) Hasil

    Faedah simpanan diterima ni, klu korg ada bank sendiri, means mak ayah korg buatkan (bwh 17 thn), bila kita ltk duit dlm tuh, kita akan dapat faedah setiap tahun. Tapi bkn bank biasa lah, biasanya bank SSPN. Cnth mak ayah korg dh bkk bank sspn utk korg dri korg kecil lagi, umur 1 thn. Skrg dh 17 thn, bygkann duit yg parents korg simpan setiap bulan, ditambah dngn faedah simpnan yg bank akan masukkan dlm akaun bank korg, mmg bnyk. Bukan utk berjoli ye! Utk study korg jgk. Ingt diploma degree ni mcm sklh ke? Bnykk woo duit nak guna.

    Diskaun diterima, bila korg beli brg2 yg dijual tu, tapi peniaga tu kata xpelahh dia baik hati nak bagi diskaun dkt korg sbb byr hutang dngn cpt.  Kiranya jumlah kos harga brg tu sepatutnya RM200, tapi dpt diskaun 5%, byr RM190 je. Nilai diskaun yg RM10 tu yg ltk dlm penyata tu.

     Sewa diterima bila org byr sewa dkt kau. Mcm sewa kedai ke, sewa kenderaan ke. gitulah.

    Komisen ni apa yg sy fhm, bila kita jual sesuatu, akan dapat komisen drpd jualan tersebut. Mcm skrg kan popular dalam kalangan remaja, mahupun dewasa muda jadi dropship, so drpd percentage dia jual produk seseorng dia dpt komisen. Klu mcm company ni, disbbkan dia amik drpd pembekal, dia akan dpt komisen lebih kurg sama kaedahnya, drpd percentage yg korg dh jual produk2 tu. 

     Hutang lapuk terpulih. Kalau u guys pernah dngr asalnya adalah hutang lapuk. Hutang lapuk bila customer hutang dkt kita, tapi x byr2 sbb ada reason dia. Maybe cust tu dh meninggal, bankrup or something yg reasonable lah. Tapi klu yg ada terpulih ni, bila hutang yg dah lapuk ni, dpt dibyr semula dkt kita. Kiranya hutang cust tu dh selesai sbb dh byr dkt kita. Maybe klu cust yg meninggal tu, ada yg sedara mara tlg byrkan, klu yg bankrupt, mungkin dorg ada simpanan sikit2 utk byr hutang tuh, hah gitu kenapa ia dipanggil hutang terpulih, hutang lama yg kita dpt balik byrnnya. 

      Pengurangan hutang ragu. Kalau yg ni kita ragu2, maksudnya org yg hutang ngn kita ni tak pasti lagi sama ada dorg boleh byr atau tak. Situasi ni berlaku bila pada tahun itu, hutang masih belum byr or lewat byr dkt kita, even dh nak buat perakaunan ni dorg tak bayar2 lagi. Jadilah hutang ragu. Peruntukan tu bermaksud kita perlu peruntukkan berapa banyak hutang yg kita rasa penghutang kita tak dapat nak bayar. Bila dh confirm dorg mmg tak dpt byr, sbb muflis or sebagainya, baru dijadikan hutang lapuk

      Untung atas pelupusan, kita akan dapat bila kita jual sesuatu aset drpd perniagaan kita. Contoh, kita jual sebuah kereta perniagaan, yg dh 5 tahun digunakan. So kita klu nak jual, dipanggil pelupusan. Harga semasa kereta tu maybe RM30K, tapi company korg jual RM36K. Yg lebih RM6K tu adalah untung dia. Kalau company korg jual bwh drpd RM30K, bermaksud korg rugi atas pelupusan. Jadi dia bkn jdi hasil dh, dh jadi belanja. Lupa nak tulis dlm belanja hihi. Rugi Atas Pelupusan = Belanja

       Dividen. Kalau perniagaan korg buat investment, mana2 lah tempat lah dia labur, bila dapat hasil drpd pelaburan tuh, perniagaan akan label sebagai dividen. Mcm kita juga labur duit dpt dividen. Sama je ngn perniagaan konsep dia.

Okay guysss! Saya rasa mcm nak smbg cerita pasal belanja, tapi mcm panjang sngt plk. Saya akan buat next post khas untuk detail belanja dlm akaun perdagangan untung rugi ni. Maybe akan ada tambahan lagi info tntang akaun perdagangan untung rugi ni okay? Yg sy tambah nnti Insha Allah mungkin u guys tak pernah dngr even dh bljar topic ni dkt sklh, tapi just tmbhn je. Sbb sy pun ada fokuskan juga dkt para pelajar uni/kolej, so tak salah utk belajar lebih, supaya korg lagi fhm flow dia, konsep akaun ni mcm mana.  

Okayy saya mauu stop duluuu, see u guyss next post! Have a nice day!

p/s: Btw sebelum sy terlupa, if korg dh belajar topic ni nnti, klu ada komponen tambhn yg sy tak masukkan dlm format di atas, bleh komen okay? saya akan balas komen korg nnti. If bnyk, sy maybe akan consider utk buat post tmbhn. 

Comments