Komponen dalam Akaun Perdagangan Untung Rugi/Perakaunan T4 Bab 2 (Part 2)

Kembalii lagi guyss! So, hari nii saya nak sambung topik post yg lalu, iaitu Komponen Penyata Kewangan. 

Yg last post saya berhenti di hasil, sekarang saya akan start komponen utk belanja pula. 

Kemudian saya akan sambung ke Penyata Kedudukan Kewangan nnti. 


7) Belanja

    So kalau korg tngk drpd penyata atas ni, belanja mmg banyak. So drpd sini, kita nampak maybe org tu banyak je untung dia, tapi kita tak tau belakang kiraan ni, banyak belanja dia perlu laburkan. Semakin banyak untung, semakin banyak juga kos2 jualan and belanja kena tanggung.

    Sewa. Macam kita faham maybe dia sewa bangunan, kedai or mana2 tempat yg membolehkan mereka menjalankan operasi perniagaan.

    Hutang lapuk. Saya dh explain dkt post lepas tapi sy explain lagi sekali secara ringkas. Hutang lapuk menjadi belanja kerana hutang lama yg kita mmg confirm org yg hutang kita tuh/penghutang dah tak boleh lunaskan lagi. Kemungkinan muflis, meninggal atau sebab2 lain.

    Diskaun diberi adalah di mana kita menjual barangan kita kepada pelanggan dengan harga yg lebih rendah drpd sebenar. Cnth, cust beli barang kita yg harga asal berjumlah RM4000, tapi disbbkan dia bayar awal dalam tempoh 3 hari selepas jualan, kita letak syarat 5%, cust kita cuma akan bayar RM3800 sahaja. Jadi RM200 tuh kita jadikan sebagai belanja kita dan dilabel sebagai diskaun diberi. Alang2 tngh citer psl diskaun ni, nak citer lebih lagi kenapa ada diskaun diberi/diterima. Diskaun ini, bertujuan untuk menggalakkan customer kita untuk bayar lebih awal barang2 yg dorg dh beli dri kita. Sbb apa nak kena byr awal? Sbb dngn duit itu, kita boleh byr brg2 yg dh kita beli dari pembekal dngn lebih awal jgk. Jadi kita pun akan dapat diskaun pula drpd pembekal sbb byr awal. Kita nak putaran tunai kita lebih cepat supaya kita pun dapat byr dngn cpt.  

    Insurans. Ni insurans perniagaan kalau apa2 yg terjadi pada perniagaan korg, insurans ni lah akan cover. Macam insurans biasa kita dngr dalam kalangan kita sendiri, insurans yg cover kenderaan kita, cover klu accident and macam2 lagi.

    Alat tulis ni kebiasaan belanja dkt pejabat. Di mana kita akan gunakan untuk kerja2 harian di pejabat atau di mana2 bahagian mana pun.

    Penambahan hutang ragu. Hutang ragu ni pun saya dh cerita post lepas under Hasil tu, so bila ada penambahan, mesti makin naik nilai dia kan? Bila naik, hutang yg kita tak dapat tu pun makin bertambah, nak tak nak jadikanlah sebagai belanja. Macam nilah lumrah perniagaann.

    Belanja am dikira sebagai belanja yg detail, hanya belanja biasa nilai yg kecil dan akan dicampurkan belanja2 tu, jadikan satu komponen iaitu belanja am. Belanja harian atau bulanan hah gitu. 

    Susut nilai kenderaan. Hah yg ni pun komponen popular yee. Saya citer ringkas je eh utk harini, nnti akan menyusul topic susut nilai, so dontt worryy. Tapi if korg mcm terdesak nak tau sngt2, sokayy. Saya buat juga post utk susut. So, susut nilai ni sebenarnya ada banyak, bukan hanya kenderaa je. Cnth mesin, perabot. Sebab setiap tahun nilai aset kita akan susut, menurun. Dengan adanya pengiraan susut nilai ni, nilai suatu aset akan lebih tepat untuk menentukan aset sesebuah perniagaan mengikut tahun semasa.

    Gaji korg2 fhmlah ahaah, gaji pekerja yg perlu korg bayar tiap2 bulan tu. Tapi bila dlm penyata kenalah darab 12 bulan darab lagi mengikut bilangan pekerja. Nilai gajet ni antara salah satu paling besar dalam perbelanjaan

     Faedah atas pinjaman, yg ni org biasa panggil interest bank loan, interest2 loan hah gitu. Bila kita membuat suatu pinjaman mesti ada agreement berapa percent faedah dikenakan dalam satu pinjaman yg kita mohon tu. So. faedah pinjaman kenala bayar bulan2 beserta nilai ansuran pinjaman. Banyakkan? So. amik pinjaman tu berpada lah ikut kemampuan diri, lagi2 pinjaman peribadi hihi.

    Belanja pengiklanan/komersial. Kita sebagai peniaga, nak melakukan barangan kita ni, kena ada strategi pasaran yg baguss dn mantapp. Tapi pasaran ni pun mmg perlukan belanja. Nak buat flyers pun kena perlukan duit, buat papan tanda dkt highway lagi lah besar belanja dia. Tapi marketing free dkt social media hahhh gitu. Tapi kalau perniagaan yg exist and physical punya mmg perlukan kedua2 method pasaran ni iaitu yg social media and flyers/banner/signboard. Untuk terus update perkembangan perniagaan kita ni hah. 

     Belanja utitliti yg merangkumi bil2 air, elektrik, internet dan bil2 yg seangkatan dngnnya.

    Angkutan luar. Post lepas sy ceritakan angkutan masuk, hah yg ni terbalik, kita keluarr. Angkutan luar ni suatu belanja yg kita tanggung utk menawarkan customer kita utk menghntr barang2 yg sudah dibeli itu terus kepada dorg. Kiranya kita yg byrkan delivery cost hah gitu maksud dia. 

8) Untung bersih! Komponen paling last sekalii, tapi utk SPM lah, Yg belajar diploma tu. Ini bknlah pengakirannya uhuks. Ada lagi sebenarnya tambahan bwh tuh iaitu untung bersih selepas cukai. Komponen inilah yg kita nak drpd pengiraan penyata di atas dan digunakan juga untuk rekod di penyata kedudukan kewangan. Kalau korg dapat nilai tu dalam kurungan, means korg tak untung, itu rugi bersih. Rugi bersih terjadi bila jumlah drpd yg dh digabungkan untung kasar dengan hasil tu, nilainya lebih rendah daripada nilai belanja. Meh tngh formula di bwh:

UNTUNG KASAR+HASIL > BELANJA = UNTUNG BERSIH

UNTUNG KASAR+HASIL < BELANJA = RUGI BERSIH

So guyss! Rasa mcm dh banyak plk. Ingatkan nk masukkan topic penyata kedudukan kewangan terus. Buat next post jelahh, korg pun xde lah pening2 kena bacaa banyak plk dkt post ni. Itu sahajaaa utk topic harini harap korgg faham apa yg sy terangkan untuk post ni dan juga post2 yg lepass. Kalau tak fhm, sokayy jgn malu2 nk komen okayy? Hope u guys enjoy my writingg!

Have a nice dayy!

Comments