Pengalaman menceburi bidang perakaunan. Serta tips buat bakal pelajar universiti sebelum menempuh ke alam universiti/kolej!

 

Sebagai seorang pelajar perakaunan yang telah berjinak dalam bidang ni dari umur 16 tahun sampai 21 tahun. Huish agak lama juga tuh. Insha Allah klu habis degree tmbh lgi 3 thn hahaha. Doakan aku ye guyss. Kiranya aku dari SPM smpilah dh nak masuk degree ni (Insha Allah), saya betul2 cintakan subject perakaunan ni. 

Setelah apa yg saya lalui dalam bidang ni, ada pahit manis dia. Saya mmg minat sangat dengan subject ni, bidang ni tetapi, satu je yg saya lemah dari dulu sampai skrg, iaitu communication using english language. Hah, dan2lah acctg ni guna english. Mmg mencabarlh bagi org yg mcm saya ini, utk belajar acctg lagi2 time diploma dulu. Drpd SPM belajar bm, tukar in english bila masuk diploma. Kiranya saya nak suruh korg yg student SPM ni, plisss bangunn dari tidurr kamuu! Jgn lekaa and fokus dengan subject english juga, if korg mmg ada rasa and sayup2 dlm hati tu utk smbg acctg for further study. 

Sampai skrg klu ingt balik, masa SPM sy dulu, time english selalu main2 and tak fokus apa yg cikgu ajar. Sbb sy dri kecik mmg english ni lemah sngt2 yee, even masa SPM gred english paling rendahh hahahaah. Alhamdulillah slow2 belajar english skrg, improve sikit2, step by step Insha Allah boleh. 

So berbalik pada acctg tdi, mmg bidang ni sngt2 memerlukan english language. Because easy to communicate with anybody that cannot speak in Malay. Dari sudut pekerjaan, mmg sangat memerlukan lagi2 dengan client. Teringat masa intern, ada officemate speaking english bila call ngn client. Seram makk! Dari situ cpt2 sedar utk sentiasa improve in english, so kerja nnti xdelah terkedek nak speaking. Interview pun skrg mostly guna english language. 

Tapi untuk sektor swasta lah. Kalau kerajaan saya tak pasti, kawan saya kata kerja akaun dkt kerajaan ni berlatarkan bahasa melayu. Tak taulah sejauh mana kebenaran tu, kalau korg tau, bleh komen yee! Kalau tak betul jgn salahkan sy, salahkan kwn saya!

Sebenarnya, bidang perakaunan ni bknlah pilihan utama saya bila dah masuk form 4 dulu. Awalnya nak tukar kos kepada lukisan kejuteraan (sbb pandai lukis), tapi fikir balik sains kita ni dapat E je masa PT3 dulu. So peluang agak gelap:) Jadinya kita pun stay je lahh dkt kelas perakaunan. Dah lama2 belajar acctg ni, rupanya best, seronok, and baru tau diri ni bleh bwk acctg time dpt result ujian 1.Ingtkan teruklah, tak sangka okay2 lah. Sampailah dh habis SPM, alhamdulillah saya dapat reward pelajar akaun terbaik untuk SPM 2018. Peringkat sekolah je hihi. Ada hikmah sy tak masuk kos yg sy nak dulu. Allah menggantikan dngn lebih baik. Kita dah rancang sehabis baik, tapi perancangan Allah adalah yg terbaik. So korgg ada peluang belajar leklok. Usaha sebaik mungkin! Saya pun meneruskan semngt sy yg berkobar-kobar ni masuk diploma in acctg. 

Tiba2, institusi yg sy nak masuk sngt tu iaitu matriks atau uitm, dua2 x dpt sbbkan english punya gred SPM. Nampakk takkk guyss effect bila gred english teruk. Langsung x dpt masuk tempat yg diidamkan. Masa tu down. Ni lah salah satu halangan sy bila bljar dulu. 

But cikgu kata jgn putus asa! Ada cara and haluan lain kalau betul2 nak berjaya dalam bidang acctg ni. Cikgu pun bagi lah cadangan suruh masuk KUPTM, tmpt adik beliau mengajar. (adiknya jadi koordinator batch saya dan pernah mengajar saya satu sem dulu) Actually dapat politeknik kos acctg gak. Tapi katanya belajar in bm, so tu yg amik KUPTM gak. Tak taulah skrg ni politeknik ada update latest, tukar language. Mmg masa tuh tak amik port sngt, mentah lagi masa tu, so amik jelah. Masuk je, janji dapat further study. Saya akan update post pengalaman saya belajar di KUPTM nnti. Stay tune eh!

Sekarang alhamdulillah saya dah habis diploma dan daripada apa yg saya lalui, saya boleh cakap yg tak terlalu tough tak terlalu easy nak going through that time lagi2 masa tu saya ada pula masalah peribadi yg perlu handle. Mmg ada rasa putus asa dulu ada, bkn sbb takleh bawa kos ni, tapi masalah peribadi tdi tu lah haha. Nak belajar, kena ada niat yg btul. Niat kerana Allah kerana ilmu yg kita tuntut semua ni datangnya daripada Dia. So sentiasa kita muhasabah diri kita, kalau skrg berada di satu tempat yg tinggi, segera turun untuk sedarkan diri kita. Kita hanyalah seorang hamba Allah. Saya pernah mempunyai perasaan mcm tu, and feel down teruk kalau kita terjatuh tersungkur. Stay humble, and kena sentiasa ingat kita manusia sama saja level nya. Apa yg saya tahu yg membezakan golongan manusia ni adalah darjatnya. (betulkn sy kalau sy silap) 

So tips sy share ni dah explain masa cerita experience tdi hahah, saya akan ulas balik utk bagi korg jelas gitu.

1. Always improve our english tak kesah skill apa, writing, listening and lagi2 speaking. English language is really important now, and requirement jika bekerja di mana2 company. Kalau dh mcm terlambat je belajar, sokayy skrg korg dh tau ni belajar from now kay? Klu saya dri kecil susah nak dapat english gred yg bagus, skrg alhamdulillah bleh faham sikit2, and speaking sikit2. Slow2 and give an effort yg sepenuhnya dri hati yg ikhlas. Bukan utk org lain, utk diri kita juga. Semestinya manfaat kita yg akan dapat. 

2. Focus what you are doing now, because it will effect your future. Kita selalu dengar kan ayat ni, tapi susah nak hadam, sbb kita tak hadap lagi. Macam saya, sekali hadap baru nk nyesal tak kesudah haha. So adik2 yg masih di bangku sekolah, always focus on your study, jgn terlalu sibuk nak berhibur. Nanti2 leh berhibur, habis spm hah lantaklah pi lah kau nak buat apa. Focus habis habisan, buat terbaik untuk diri korg, dan hasil yg korg dapat nnti adalah drpd usaha korg buat skrg. 

3. Segala tindakan yg kita buat mesti first niat kerana Allah. Bila kita buat semata-mata kerana Allah, Insha Allah semuanya berjalan dngn lancar.  Sy sendiri pun tngh latih diri, utk sentiasa ingt sy hidup dkt dunia sbb Allah yg hidupkan, dan Allah juga yg matikan sy. Jadi berada di dunia hanyalah semata-mata Allah. Sukar sebenarnya nk fhm, bila dh jauh sikit perjalanan tuh, korg akan fhm apa yg sy cuba sampaikan. Sy sendiri pun masih tergapai2 lagi nak cri haluan yg sebenar-benarnya. Slow2 take a first step, jgn gopoh gapah. Janji yg usaha tu penting.

4. Procrastination. Satu sifat yg agak negatif bagi sy. Sngt2 lah sebati dlm diri sy dan juga dalam kalangan korg jgk maybe haha. Sifat ini menunjukkan seseorang yg suka melengah-lengahkan tugasan yg dia kena buat, buat assignment/projek last minute, terkejar-kejar deadline sedangkan masa yg dia ada utk siapkan tugasan itu punyalah lama, daripada bln lps, minggu lps. Ini yg sifat sngt2 tak digalakkan ada pd diri dorg. Sy ada buat research, sebenarnya org yg ada sifat ni, dia suka lengahkan kerja utk mendptkan hasil yg terbaik dan perfect. Terang lagi bersuluh, kita ni manusia, mmg tidak akan sempurna. Dan pengurusan masa tu sngt penting. Hidup kita ni akan jadi kosong dan kurg bermakna klu kita tak uruskan masa dngn btul.

Okay itu saja guysss utk hari ni. Pnjang saya bebel utk post ni hahahah, klu ada nasihat lagi sy post lagi eh nnti ahhaah. Kadang2 ada dalam kalangan kita suka dngr nasihat sbb kita bleh bermuhasabah semula, refresh balik hidup kita, mulakan dengn hari yg baru dngn smngt yg baru. Thankss pembaca2 yg setia baca konten saya yg tak beberapa ni. Meet u all on the next post!


*updated: actually politeknik memang belajar in english but bila lecturer ajar in dwibahasa. Kiranya sama sajaa sistem bljar poli dengan kolej saya. Tapi dari segi kos mmg kita semua tahu politeknik harga nya jauhhh lebih rendah daripada kuptm. So pilihan ada dalam tangan korang! Nanti saya akan cuba buat post psl jenis2 institusi yg ada dalam Malaysia ni okayy

Comments

  1. Actually politeknik accounting belajar in english. For student lepasan spm yang nak further accounting tak dapat ipta lain pergi je politeknik sebab belajar in english and yuran sangatlah murah tak sampai rm400 pon. Politeknik sama je macam universiti lain susah juga belajar mana ada belajar senang silibus pon sama je. Biasa student dari universiti suka brainwash cakap politeknik senang and belajar dalam bm. Kalau boleh talk dengan alumni/student politeknik kalau nak tahu detail sebab kalau research dekat google je atau dengar dari orang luar memang lain jadinya. Note and exam semua in english. Terms semua guna english lect ajar guna dwibahasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouhhhh wowww. baru saya tauu. rugi saya dulu tak amik politeknik disbbkan lecturer ckp poli bljar in bm haihhh. nanti saya edit dalam konten ni nnti ehh. thankss tauu for the infoo. Then saya dah pernah pun tanya kwn yg masuk poli but sy pun masa tu dah masuk kolej huhu. nak kluar pun semua dh mcm terurus pinjaman semua kan. So redha jelah hahaha

      Delete

Post a Comment