Perakaunan T4 Bab 1/Konsep Asas Perakaunan (Part 3)

Hai guyss bertemu kembaliii still bab sama and adalah part yg terakhir. Next post dh bab 2 yeayy. Bab 1 ni mmg banyak topic more to theory. Sokayy harap korg still lagi bersmngt nak belajar akaun ni. Jgn putus asa kay!

So hari ni, kita nk sharing tentang beberapa topik antaranya ialah :-


A) PENYATA KEWANGAN

Penyata kewangan ni adalah nama besar dan dibahagikan kepada 2 jenis penyata.

1. Akaun perdagangan dan untung rugi / Income statement of profit & loss

2. Penyata kedudukan kewangan / Statement of financial position  


AKAUN PERDAGANGAN DAN UNTUNG RUGI 

Dalam tajuk pun ada tulis untung dan rugi, jadi penyata ini bertujuan untuk kita mencari untung bersih daripada hasil operasi bisnes kita mengikut tempoh setahun. Tempoh masa tu ikut pd tempoh perakaunan company kita, klu 6 bln, 6 bln je lah pengiraan dia. Begitu juga setahun, setahun lah pengiraannya. 



Typo dkt penerangan untung bersih: bersama dengan jumlah belanja.

Contoh penyata bagi Akaun Perdagangan dan Untung Rugi. Mungkin ada butiran yg belum pernah dngr, sokayy, akan terperinci lagii di bab yg akan datang. Yg ada buku teks boleh rujuk di bab 7, buku teks tingkatan 4. Yg pelajar uni/kolej boleh aje google buku teks tingkatan 4 then baca sikit2 dlm tu, sementara sy cuba detail kan olah satu2. Klu topic mana2 yg tak fhm, saya akan cuba buat post untuk mnjwb persoalan korg supaya semua org bleh jgk 


Tambahan: 
Kalau nak cari untung kasar, tajuk bagi penyata tu adalah Akaun Perdagangan, utk untung bersih adalah Akaun Untung & Rugi(dimulai dngn nilai untung kasar). 



PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN

Sumber: Buku Teks Tingkatan 4 Bab 7

Yg ni contoh utk penyata kedudukan kewangan. Tujuannya dibuat untuk menilai prestasi sesebuah syarikat/perniagaan sama ada baik ataupun rugi. Penyata ini juga sngt penting untuk menjadi rujukan kepada pengguna luar seperti pihak bank, pelabur mahupun pembekal. Malah boleh jadi juga pengukur sesebuah syarikat/perniagaan untuk menentukan perancangan dan matlamat mereka pada masa hadapan. 

Untuk penyata2 ni, saya hanya tunjuk saja dulu formatnya. Penerangan setiap butir akan di post selepas post ini. 


 B) ENTITI BERASINGAN

Tambahan:

a) Perkongsian: - Pemilikan: ada 3 sebenarnya jenis perkongsian. 👇

Perkongsian biasa, Perkongsian berhad, Perkongsian liabiliti berhad

Perkongsian berhad, sekurang-kurangnya ada satu rakan biasa dlm pgn dorg dan mereka tiada hak utk mengurus pgn. Manakala PLT yg dlm jadual tu, kenapa dia ada ciri2 syarikat dlm pgn tersebut sbb, PLT adalah gabungan ciri2 perkongsian dan syarikat sendirian berhad (sdn.bhd.)

Sebenarnya banyak lagi fakta2 ttg entiti berasingan ni, tapi utk perakaunan SPM yg ni aje rasanya dia cover. Tapi dkt jadual atas sy ada tmbh sikit2. Sokay baca lebih sikit kan dpt ilmu lebihh.

Saya akan buat post lain utk detail entiti berasingan ni. 

Okay guysss itu sahaja harini. Tak nak lah blajar bnyk sngt kang peningg plk kepala tu. so next post kita akan masuk bab baruuu. 

Have a nice dayy guyss!

Comments