Assalamualaikum guys! Harap korang still stay lagi motivated untuk belajar akaun lagi! Chaiyokk.
Hari ini kita akan menelaah beberapa topik:-
1. Subbidang perakaunan
2. Badan perakaunan
Kalau korg nak tau, perakaunan ni sangat luasss bidangnya. Macam carta dkt atas ni hah. Ada 4 bidang yg dibahagikan dalam perakaunan ni. Setiap bidang ni pun ada kerjaya masing2. Seperti yang kita pernah dengar, perunding cukai, auditor, akauntan, pengurus kewangan dan sebagainya.
First bidang yg sy akan terangkan:
1. PERCUKAIAN
Percukaian ni kalau kita selalu dengar macam cukai pintu, cukai tanah, hahh tapii ni cukai bahagian akaun. So lainn terms yg digunakan. Seperti cukai yg dikenakan bagi setiap yang bekerja iaitu cukai individu. Macam mak ayah korang yang bekerja, mesti ada cukai pendapatan semua. hah lebih kurg gitulah. And yang paling common sebenarnya adalah cukai tafsiran syarikat. Cukai yang dikenakan kepada syarikat/business melalui kiraan untung dorg. So korang kena tau business besar2 untung bnyk, lagi bnyk cukai kena bayor.
Pernah ada pengalaman intern dekat bahagian cukai ni. Pengalaman dia menyeronokkan ahahha. Lagi2 kita dapat tau flow pengiraan cukai tu mcm mana, sama ada yg individu punya atau syarikat punya. Macam saya cakap tdi, bila untung bnyk, cukai dikenakan bnyk, kalau untung sikit cukai pun sikit dikenakan. Kalau individu punya ikut income korang berapa korang dapat setahun, kalau ada business sendiri pun akan dikenakan jugak. Tapi jgn risauuuu ada had limit dia. Nanti sy akan buat post khas untuk percukaian sahaja.
2. PERAKAUNAN KEWANGAN
Untuk perakaunan kewangan, bahagian ni yang akan menyediakan penyata kewangan. So apa2 tugas yang melibatkan penyata kewangan di sinilah bidangnya. Penyata kewangan ni kita tengok sikit je komponen dia. Tapi disebalik komponen tu, nak menyediakan adalah rumit dan banyak pengiraan kena buat. Banyak aspek yang kita perlu kira untuk dapatkan satu komponen tu aje.
3. PERAKAUNAN PENGURUSAN
Bahagian ni, lebih pada pengurusan dalaman bagi sebuah syarikat yang antara tugasnya dibuat seperti uruskan pengeluaran. Dia akan uruskan produk yng dikeluarkan okay ke dok, ada brg reject tak, berapa stok yang tinggal. Selain tu ada juga tugas lain spt kawalan dalaman syarikat. Segala yang berlaku dlm syarikat hah bahagian ni lah akan handle. Ada juga tugasnya membuat perancangan. Yang ni kalau biasa dengar goal of business, achievement apa berkaitan dengan future. Mereka akan merancang jualan yang akan dibuat, berapa banyak pengeluaran kena keluar, berapa target untung yg diorg nak untuk setahun, lima tahun. hah gitulah. Macam rancang hidup kita, tapi yg ni business punya.
4. PENGAUDITAN
Pengauditan akan berlaku apabila penyata kewangan sudah siap disediakan oleh pengurusan kewangan syarikat. Dalam kata mudah, bidang ini akan buat spotcheck dekat penyata kewangan tu sama ada benar atau tak apa yg dorg sediakan tu. Sahih ke dok, sbb penyata kewangan ni akan diberikan kepada pihak dalaman dan pihak luaran. Lagi2 kepada pelabur. So maklumat kena betul dan benar. Kebiasaan kita dengar kes penyelewangan apa semua, mcm mna dorg tau? Hah bahagian ni lah yang bongkarkan gituu. Lebih dikenali sebagai auditor/juruaudit. Semasa saya intern tu, tempat saya kerja tu ada lah firma audit. So saya dapat tngk mcm mana kerja auditor, agak memenatkan sebab banyak syarikat yg dorg kena handle semua. But kalau minat sesibuk mana pun dorg bleh berthn lagi. Kebanyakan tak tahan sebab bnyk kerja. Pergi pagi, balik malam. (diceritakan drpd blogger lain)
P/S: ada topik2 yg sy x cover sbb tu hanya baca sahaja and mudah utk fhm.
Badan Perakaunan
Terbahagi kepada 3 iaitu:-
- Badan kawal selia iaitu MIA. So para professional akaun mesti tau ni, sebabnya dia adalah undang2 yg digubalkan khas untuk bahagian perakaunan. Antara kandungannya adalah kod2 etika yang perlu ada dalam diri seorang profesion perakaunan. Bidang perakaunan adalah bidang professional. Jadi amat diitik berat bagi attitude seseorang yg bekerja dalam bidang ni.
- Badan Penggubal Piawaian iaitu MASB. Yg ni lebih pada mcm mana format2 atau piawaian yg telah ditetapkan oleh MASB ni utk para akauntan perlu mereka ikut dalam menyediakan sesuatu laporan kewangan. Jadi kalau sesebuah laporan tu format dia lain, cara buat dia lain daripada yg MASB tetapkan, MASB yg akan handle. MASB jgk akan selalu update or baiki mana bahagian2 yg masih kurang mntp untuk jdikan lebih baik lagi formatnya dan lebih sistematik. Btw ada tambahan, kalau sesiapa yg pernah dengar Chartered Accountant, dari kelulusan MIA lah para profession perakaunan dapat pangkat tu dengan syarat dh ada pengalaman bekerja dalam bidang akaun selama 3 tahun.
- Badan Professional Perakaunan ada banyak cabangnya. Tapi yg mostly popular skrg adalah ACCA. Nama2 lain badan professional antaranya, CIMA, MICPA, ICAS, ICAEW and sebagainya. Saya akan salin di bawah nama2 lain bagi badan perakaunan nnti. Buat masa sekarang ramai student2 yg dah nampak hala tuju dalam bidang perakaunan apabila sekarang salah satu bdn professional, ACCA yg sedang berada di kemuncak. CAT-ACCA tidak asing lagi dh kedengaran. Kiranya siapa yg amik CAT-ACCA ni mmg syarikat akan pandang tinggi, sbb sijil ni adalah daripada luar negara. Tapi kekurangannya, mereka tdk ada sijil diploma ataupun degree. Jadi hala tuju mereka limit pada perakaunan sahaja, tak boleh ke bidang yg lain.
Comments
Post a Comment