Prinsip Perakaunan T4 Bab 1 / Konsep asas perakaunan (Part 1)

 

Assalamualaikum✋

Hai guyss! So this is first blog untuk memulakan pelajaran yang saya akan terangkan tentang Prinsip Perakaunan ni. 

Kita pergi pada basic dan konsep apa itu perakaunan. Sebelum tu nak cakap yg, perakaunan yg saya akan ajar ni boleh digunakan juga kepada student universitiy/kolej yg amik kos acctg but yg xde basic acctg lagi. Bezanya term saja. So sy dh sediakan awal2 term in english di bawahh sekali.  

Sedia maklum yang perakaunan adalah data2 yang kita simpan, rekod, buat analisis dan kita menilai untuk sesebuah perniagaan atau syarikat. Daripada sinilah kita akan tau cara nak kira untung, berapa modal kita perlukan atau patut ke ada penambahan modal, buat analisa tentang seperti adakah cukup untung kita  memmperkembangkan lagi perniagaan kita.

Dunia sekarang ini, perakaunan adalah sangat penting untuk perniagaan walaupun ianya bermula daripada perniagaan kecil-kecilan. At least yang kecil-kecilan ini, mempunyai data2 atau rekod yang perlu disimpan untuk kira untung pernigaan untuk setiap tahun.

Kalau dah yang kecil pun kena ada sistem rekod yang sistematik, apatah lagi yang besar punya, yang memerlukan kitaran perakaunan yang lebih luas dan besar. Memang akan banyak step2 yang kita kena buat sepanjang perakaunan ni berjalan. Sebab tu tempoh perakaunan yang paling2 standard adalah setahun. Ada juga yang kurang setahun disebabkan syarikat yang dijalankan kemungkinan sangat besar yang bertujuan untuk mengelakkan sebarang kesilapan semasa membuat perakaunan.

Okay ckupp sampai situ cerita secara umum tentang flow perakaunan ni. Sekarang kita nak lebih detail kan lagi!


Sumber: Buku teks tingkatan 4


Okay ini lah kitaran perakaunan yang dari tadi duk kita bebel tadi. Ada lapan peringkat yang perlu kita ingat. Nak hafal boleh, tapi lebih baik kita faham aliran dia. Insha Allah kita akan ingat. Setiap peringkat ada cara dan fungsinya tersendiri. Kiranya start dari dokumen perniagaan sampai penyata kewangan mempunyai kesinambungan untuk setiap peringkat.

Hah! Sekarang kita akan pergi satu per satu peringkat ni, saya akan ceritakan apa yang kita kena buat, fungsi or tujuan dia, dan kesan or whatever else yang berkaitan.


1. DOKUMEN PERNIAGAAN  

Dokumen2 yang kita akan dapat daripada penjual or boleh jadi daripada bank juga. Dalam kata mudahnya, pihak luar daripada perniagaan kita. Pihak luar ni bukan orang daripada kita punya perniagaan tetapi mempunyai perkaitan dengan kita punya syarikat. Nanti saya cerita lebih lagi bila dah di penghujung post ni.

So sambung tadi, dokumen perniagaan ni banyak dan disebabkan itu korang kena hafal satu2 ye hihi. Takdelah hafal just fahamkan dia punya cara dokumen itu dibuat, fungsi2 dia. 

Dokumen2 ini lah kita akan gunakan sepanjang kita perniagaan kita dijalankan. Oleh itu janganlah terlalu amik remeh temeh dokumen2 ini ye. Simpan elok2 in a proper way macam kita simpan rahsia org hah gitu. Kebiasaan orang yang akan uruskan dokumen2 ni adalah kerani. Kalau nak suruh akauntan buat, fuh bnyk kerja lagi yang dia kena buat. Takpe klu korg masih tak dapat bayang mcm mana pengurusan dokumen dibuat dalam syarikat, sebab benda ni akan diajar masa diploma hah lambat lagi. Tapi kalau nak tau gak boleh request dekat komen, saya akan buat new post tentang pengurusan dalam syarikat.

So dokumen2 ni kebiasaan disimpan bukan sahaja untuk direkod, tapi boleh dijadikan sebagai bahan bukti antara korang dengan pihak luar, boleh juga claim tax untuk syarikat korang, so xdelah kena cukai banyak sangat hihiks. Then, next move to next level!

Btw, klu korang nak tau lebih lanjut detail and camne rupa dokumen2 ni, boleh semak di buku teks tingkatan 4 Bab 3. Don't worry dah sampai bab 3 saya akan terangkan juga okay!


2. BUKU CATATAN PERTAMA

Buku ni kita akan gunakan bila kita dah duk kumpulkan semua dokumen yang kita simpan dari awal perakaunan sampai akhir perakaunan then kita rekod kan satu per satu ikut kategori masing2. Why ada asing2? Sebab buku ni ada 5 jenis buku catatan iaitu:

- Jurnal Am/General Journal

- Jurnal Khas, dalam jurnal ni ada 4 jenis:-

   *Jurnal jualan/Sales Journal

   *Jurnal belian/Purchase Journal

   *Jurnal pulangan jualan/Return sales journal

   *Jurnal pulangan belian/Return purchase journal

- Buku Tunai/Cash book

- Buku Tunai runcit/Retail cash book

(yg jurnal2 semua ni saya akan ceritakan kemudian, just nk bagitau apa butir2 dalam buku catatan ni, and part nilah bnyk nk kena buat. But bila dh kerja nnti korang akan geram, sbb cara dia singkat je, x sama apa yg kita belajar hahaha😂)


3. LEJAR/LEDGER

Yang ini, masa saya mula2 belajar memang confius sbb ada banyak naw akaun nak kena bukk. But berkat korg praktis bnyk kali, mesti pro bila buat dalam exam nnti Insha Allah. 

So lejar ni sambungan daripada buku catatan pertama tadi. Korang kena buka satu per satu setelah apa yang dicatat dalam jurnal2 or buku tunai tu. Kata simple dia, akaun berbentuk T. Lejar ni dia gunakan Sistem catatan bergu. Macam main badminton. kita past2 dkt org. Klu main sorg2 x kan jadi badminton, so samelah konsep mcm dlm lejar ni.


4. IMBANGAN DUGA//TRIAL BALANCE

Part ni, paling budak2 akaun stress, sbb selalu buat tak imbang ahha dan sayalah salah seorangnya😆 Sokayy dalam peperiksaan nanti, kalau tak imbang takpe, kot2 salah kirakan and mmg takde markah pun dekat situ. Janji korang buat betul format dia, konfemm full marks! So jngn stress2 eh. Jauh lagi perjalanan kita ni.

Daripada maklumat lejar kita akan bawa satu per satu masuk dalam imbangan duga ni, mana nak letak debit, mana nak letak kredit. Konsep debit kredit ni saya akan terangkan kemudian. Skrg bljar yg basic2 je.

Nilai dia nnti korg akan amik daripada baki akhir nnti. 


5. PELARASAN/ADJUSTMENT

Hah kita ni manusia biasa, ada buat kesilapan. Jadinya adalah peringkat ni. Kita perbetulkan balik apa yang silap peringkat2 sebelum ni. Tapi bukan fokus pada silap je, kemungkinan ada penambahan atau pengurangan dalam jualan. Tetiba terjumpa pulak satu invois tngh kemas2 kotak, so dekat sini kita masukkan invois yg bru muncul tu rekod di sini. Boleh jadi ada peruntukan hutang ragu dan susut nilai aset. Hah nnti saya terang kemudian ye.  

Pelarasan ni akan dibuat dalam bentuk jurnal am (dlm buku catatan pertama) then mcm biasa pindah dekat lejar plk untuk tau nilai2 akhir yang sebetulnya then akan dipindahkan lagi di next level plk iaitu imbangan duga terlaras.


6. IMBANGAN DUGA TERLARAS/ADJUSTED TRIAL BALANCE

Ini yg kita ckp tadi sebelum ni daripada lejar yang dh ada pelarasan, masukkan balik nilai sama tadi serta nilai2 yg baru then imbangkan. Senangkan? 


7. CATATAN BUKU PERTAMA

Daripada Jurnal am dan akaun lejar tdi, yang berkaitan dengan akaun hasil dan akaun belanja akan ditutup dan akan dimasukkan dalam Akaun perdagangan dan untung rugi. Jadi yg mana akaun yg related ngn hasil dan belanja takkan dibawa ke tahun hadapan lagi dh. Cerita situ habis situ jugak hah gitu. Untuk Akaun perdagangan nnti akan ada bnyk komponen seperti jumlah jualan tolak jumlah belian pstu tambah hasil then tolak belanja. Ni format asas dia:

Jualan - Belian + Hasil - Belanja = Untung bersih

Ni formula ringkas aje yee, ada lagi komponen kena masukkan tapi kita belajar kemudian ehh.


8. PENYATA KEWANGAN/FINANCIAL STATEMENT

Yeahh ni adalah peringkat terakhir bagi setiap perekodan perakaunan iaitu penyata kewangan. Penyata kewangan ni adalah penyata tersangat lah penting untuk syarikat bukan sahaja untuk tau keuntungan perniagaan, tapi boleh dijadikan sebagai butiran dalam pinjaman jangka panjang. So bank tu nak tau sama ada kita mampu bayar or tidak. Other than that, penyata ni juga jadi pengukur syarikat dalam pasaran pelaburan. So dari situ, para2 pelabur ni akan tngk penyata untuk menganalisis sama ada betul ke keputusan dorg nk labur dekat situ. Kita klu nak labur mesti nak hasilkan? So begitulah lumrah sebuah syarikat. Kalau terdesak naw nak dapat pelabur, jaga2 sebab para auditor akan buat spotcheck! 


So guys! Setakat ini jee kita belajar buat hari ini. Belajar bnyk2 kang tepuu wei otak. Klu korang x tepu eden yg ponek menulis! Diharapkan ilmu yg saya share ni akan bermanfaat untuk semua especially student acctng utk SPM or student university, sebab lebih kurang ajee. Cuma bezanya bahasa dia je. Tulah mcm mana eh. Maybe saya kena buat asing utk yg english punya. Nnti sy fikirkan kemudian or klu korang nak share idea boleh komen okayy! Thanks hihi. Semoga korang faham apa yg saya ajar ni, fahami konsep dia, theory dia. Insha Allah pelajaran seterusnya akan dipermudahkan pemahaman nya tu. 

But kalau tak faham gak boleh tanya jgn diam2 okay, sbb dia akan bersambungggg je pelajarannya. Nnti kang dah nak SPM x tau nk start mcm mna. 

Have a nice day!


Info tambahan:-

Pihak luar: Pihak yang bukan dari dalam syarikat/pgn kita. Kita akan selalu berhubung dengan mereka untuk urus  niaga. Sebagai contoh:

- Pihak Bank

- Pemborong/penjual

- Customer

So opposite dia pihak dalaman. Seperti pekerja2 kita dalam syarikat. Nak senang faham, pihak pengurusan setiap department such as, pemasaran, kewangan, khidmat customer, dan sebagainya.

 

TERM in english:-

Akaun perdagangan dan untung rugi  = Statement of profit & loss and other comprehensive income

Hasil = Revenue

Belanja = Expenses


Comments