Pengalaman Raya Panik tahun 2022! Banyak tau faedah dan kebaikan kita dapati semasa bulan Ramadhan dan Syawal ni.
Hari Raya yang hampir semua umat Islam menunggu kedatangannya. Di samping berkumpul dengan keluarga tercinta, malah di hari yang mulia ini, umat Islam berkesempatan untuk menziarahi sanak saudara sama ada yang dekat mahupun jauh, untuk bertanya khabar dan juga saling bermaafan jika ada salah dan silap.
Raya yang diraikan di tahun 2022 amatlah meriah dan sangat bermakna setelah kita rakyat Malaysia sudah 2 tahun tidak dapat balik beraya di kampung. Tidak dlupakan juga kepada segelintir masyarakat yang kehilangan keluarga disebabkan pandemik mahupun atas sebab lain, ucapan takziah diberi kepada ahli keluarga mangsa. Semoga roh mereka ditempat dalam kalangan orang yang beriman. Aamiin.
Walaupun kabut tahun ni rayanya, tetapi paling meriah bagi saya selepas kita terkurung dalam masa 2 tahun yang lalu. Sungguh, jika diingat balik rasa kelakar dan pada masa yang sama perasaan sedih juga terasa. Kenapa sedih? Sebab tak dapat buat terawih buat kali terakhir untuk bulan ni dan kita sendiri tak sempat nak nikmati saat-saat akhir ramadhan yang sudah berlalu pergi. But, it's okay. Raya tetap kena raikan dengan penuh kegembiraan, kerana raya juga adalah hadiah daripada Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang telah sedaya upaya memperbanyakkan ibadah, menundukkan nafsu, dan berusaha untuk mengubah diri menjadi yang lebih baik.
Tetapi kenapa sejak saya sudah menginjak umur 20-an ni, makna raya bagi saya sudah pun berbeza berbanding dengan raya semasa kecil? Baru saya sedar, selama ini saya menunggu bulan puasa hanya untuk raya, tetapi sukar untuk menghargai bulan puasa yang penuh barakah itu.
Benar, saya rasa sangat rugi ketika waktu-waktu dulu kerana tidak menghargai bulan Ramadhan yang sepatutnya saya perlu mengejar amalan-amalan ibadah dan kebaikan yang saya buat untuk mengumpul sebanyak mana pahala yg ada dalam bulan mulia itu. Kini, bulan ramadhan dan raya pada tahun ini, telah membuka mata saya untuk menghargai dua bulan ini dengan sebaiknya. Sungguh, pada tahun ini juga ada sedikit kesedihan yang dirasakan kerana bulan Ramadhan sudah pun pergi, dan masih lagi tak cukup amalan yg sy nak buat, apabila terawih pada tahun ini pun masih tak penuh (selain drpd haid).
Jadi daripada apa yang saya dapat untuk bulan puasa ni:
- Sentiasa mengejar sebanyak mana ibadah dan amalam-amalan kebaikan terutamanya sedekah atau zakat, solat terawih, mengejar malam Lailatul Qadar dan sebagainya. Berbalas juadah berbuka dengan jiran pun, alaman sedekah juga. Amalan ini lah yang paling saya ingat, ibu saya sering lakukannya setiap tahun. Seronok dapat macam-macam makanan!
- Bila banyak amalan-amalan yang dibuat, ketahuilah korang sebenarnya sedang membersihkan atau menyucikan hati kita daripada dosa-dosa yang terdahulu. Minta petunjuk dan memohon diampunkan dosa-dosa yang lalu.
- Bukan itu saja, bulan puasa ni pun boleh latih diri kita untuk lebih bersabar, kawal diri kita daripada membuat perkara yang boleh mengundang dosa.
- Kalau korang perasan, bila adanya terawih, berbuka puasa di surau, hubungan sesama kita dengan umat Islam yang lain semakin rapat. Islam dikenali dengan kekuatan apabila bersatu, bukan perpecahan. Makin kita bersatu, Islam semakin kuat.
- Bulan puasa ni juga, banyak ajar kita untuk lebih merenung ke arah bawah. Yang saya maksudkan ialah, lebih banyak melihat orang di sekeliling kita, orang yang berada di bawah kita, yang kurang berkemampuan, yang tidak cukup keperluannya. Baru kita dapat rasai terseksanya apabila kita berlapar dan kehausan seharian sambil membuat kerja harian. Seperti itulah, orang-orang yang serba-serbi tak cukup keperluan makanannya menjalani kehidupan dorang yang sama setiap hari.
- Bulan puasa ini lah korang kena gunakan peluang ini untuk diet! Bila bulan puasa ni, faham-fahamlah memang sukar nak tahan nafsu, lagi-lagi bila pergi bazaar Ramadhan, kalau boleh semua juadah nak dimakan! Diet di bulan puasa ni, walaupun kita dah tak lunch, bukan bermaksud kita boleh makan banyak ketika berbuka ataupun mengambil minuman yang manis. Salah tu. Tetap kita kena kurangkan air manis terutamanya. Kalau teringin sangat, minumlah seminggu sekali ataupun ambil time weekend sahaja. Makan pun berpada-pada. Takpe korang boleh makan puas-puas nanti time raya. Nanti raya ketiga atau keempat, dah boleh start diet ataupun buat puasa enam.
Selepas pengumuman raya dibuat, secara kalutnya, kami sekeluarga kelam-kabut balik daripada jamuan buka puasa di luar dan bernekad untuk balik kampung malam itu juga, hahahaha. Nasib baik kampung dekat selatan negara, so tak jammed pun masa balik tu. Syukur baju semua memang dah packing awal, terus masuk dlm kereta, hura-hara cari barang-barang yg masih lagi belum ambil sampai banyak kali fikir dan cek kalau ada barang tertinggal. Pada malam yang sama, Alhamdulillah perjalaan balik ke kampung sangat lancar dan selamat sampai.
Pada malam perjalanan ke kampung, dalam kereta, saya terimbas balik momen-momen pengumuman raya tadi. Terlintas di fikiranku, raya pun dah diumumkan esok, adakah bermakna Ramadhan sudah pergi? Rasa kesal di hati kerana tidak nikmati bulan yg sangat-sangat mulia ini, untuk memperbetulkan diri menjadi yang lebih baik dan banyakkan amalan ibadah. Mungkin disebabkan itu juga, saya sendiri mengehadkan "mood gembira saya" agar tidak berlebihan-lebihan beraya sehinggakan tertinggal amalan yang dibuat semasa bulan ramadhan.
Ingatlah walau apa perkara sekalipun, kita perlu besederhana dalam setiap apa yang kita buat. Tidak salah untuk beraya dengan kegembiraan yang luar biasa, tetapi perlu disedarkan bulan Syawal ini juga perlu kita mencari keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT, dengan mengambil peluang ziarah saudara, balik ke kampung sambil berikan bantuan untuk melakukan persiapan hari raya, bermaaf-maafan atas dosa kita terhadap manusia lain, dan apa-apa kebaikan yang boleh kita buat dalam bulan Syawal itu. Paling kanak-kanak ternantikan, iaitu duit raya. Bagi kita yg dah dewasa ini, perlulah niat di hati nak memberi duit raya ni dengan niat sedekah kepada yang tak mampu. Nilai tidak perlu dipertikaikan asalkan pemberian itu adalah ikhlas kerana Allah bukan kerana ingin menunjuk.
Diharapkan kepada yang membaca konten ini dan buat diri saya juga, dapat betulkan balik niat kita meraikan bulan Syawal ni dengan cara yg sebenar-benarnya. Semoga kita hargai bulan Syawal ini juga dengan baik dan teruskan Istiqamah amalan kita dalam bulan Ramadhan yang lalu sehinggalah selamanya. Buat yang sudah terkandas, terbabas beraya tak ingat dunia tu hahaha, tak mengapa boleh bangkit cepat-cepat, sehabis baik lawan nafsu syaitan tu. Ingat guyss, jangan sia-siakan bulan ramadhan yg telah berlalu begitu sahaja kerana kita lupa diri beraya pd tahun ni. Saya doakann untuk korang dan juga saya sendiri, sentiasa dalam lindungan Allah SWT sepanjang korang beraya ni.
Selamat Hari Raya guysss!
Comments
Post a Comment