Komponen dalam Penyata Kedudukan Kewangan/Perakaunan T4 Bab 2

Hai guysss, bertemu semula lah kitaaa untuk post kalini. Saya akan memberikan penerangan secara terperinci tentang setiap komponen dalam penyata kedudukan kewangan (PKK). Penyata dibawah ini, ada komponen yg tak dinyatakan, jadi saya amik insentif sendiri untuk tambahkan komponen lagi and explain juga dngn lebih dalamm.


Sumber: Prinrip Perakaunan Tingkatann 4


A) ASET BUKAN SEMASA

Adalah harta bagi sebuah perniagaan yg penggunaan tempohnya lebih daripada setahun. Kiranya kita akan simpan harta kita ni and gunakan untuk jangka masa yg panjang iaitu lebih drpd setahun dan akan tamat tempohnya jika kita buat pelupusan atau jual semua.

Terdapat beberapa komponen di dalamnya, iaitu:-

1. Premis. Sebuah bangunan atau kedai yg digunakan untuk menjalankan perniagaan kita. Biasanya premis lebih merujuk kepada bangunan2 yg agak kecil berbanding bangunan kilang. Contoh, lot kedai, gerai, dan sebagainya. 

2. Mesin dan jentera. Ini merujuk kepada penggunaan sebuah mesin untuk menghasilkan sesuatu seperti barangan/produk. Sebagai contoh, kita bkk kedai kerepek, dan kita perlukan mesin untuk  hasilkan hirisan kerepek2 tersebut dan sekali gus dpt memudahkan pekerjaan dan masa kita. Jentera pula digunakan untuk membawa atau memikul sesuatu beban berat yg manusia sendiri tidak mampu untuk mengangkutnya sendiri. 

3. Perabot. Perabot yg digunakan dalam pejabat spt kerusi, sofa, meja pejabat dan sebagainya

4. Kenderaan. Kenderaan yg kita gunakan untuk bergerak ke suatu tempat dan juga boleh dijadikan sebagai pengangkutan untuk penghantaran barang2 jualan. Contohnya, lori, kereta, van dan sebagainya.

5. Alatan pejabat. Barang2 yg digunakan di pejabat spt, printer, whiteboard, mesin photostate, dan sebagainya.

6. Lengkapan ni mcm kipas and lampu. Setakat ni je yg sy tahu psl lengkapan


B) ASET SEMASA

Aset semasa ini adalah suatu aset yg kita akan simpan hanyalah setahun sahaja. Tidak lebih drpd setahun.  

1. Inventori akhir. Nilai ni kita amik daripada akaun perdagangan untung rugi yg pernah kita belajar di post sebelum ini. Baki inventori yg masih tidak terjual untuk tahun itu dan akan dibawa ke tahun hadapan.

2. Akaun belum terima. Sy terang secara ringkas je eh. Akaun belum terima ni adalah satu akaun yg khas untuk rekod segala transaksi yg dimana, pelanggan yg berhutang dngn kita, hutang brg2 yg dorg beli. Pelanggan yg buat hutang ni lebih dikenali sebagai penghutang.

3. Bank. Faham2 lah ye bank ni. Bank kita guna untuk simpan duit2 perniagaan kita dlm tu. Boleh jadi tempat untuk buat transaksi dngn customer or pembekal. Sekarang dh modern, banyak dh guna online banking. Jadi secara tak langsung kita akan banyak gunakan kaedah berjual beli melalui bank ini.

4. Tunai. Tunai yg kita akan gunakan untuk tranksaksi yg melibatkan tunai di tngn. Yg kebiasaan org panggil skrg, cash. Biasa tunai ni digunakan yg untuk tranksaksi kecil2 sahaja. 

5. Hasil belum terima. Hasil yg sepatutnya kita terima tahun lepas ataupun tahun ini, tapi kita masih blum dpt. Kiranya ituu adalah aset kita. Orang yg hutang ngnn kita adalah aset bagi kita. Lebih kurg konsep mcm penghutang. Customer hutang brg jualan daripada kita itulah aset kita (akaun belum terima). 

6. Belanja prabayar. Belanja yg sepatutnya kita bayar untuk perkhidmatan pada tahun dpn, tapi kita dah bayar pada tahun ini. Boleh terjadi bila kita byr untuk sesuatu perbelanjaan direct terus 6 bulan, sedangkan pada tahun itu, kita hanya perlu byr untuk 3 bulan sahaja. Jadi selebihnya akan diiktiraf sebagai belanja prabayar. Yg ini aset bagi kita, but hutang bagi org yg kita byr tu. Dia berhutang atas perkhidmatan yg dia perlu berikan kepada kita dalam tempoh perakaunan yg akan dtg. 


C) LIABILITI SEMASA

1. Akaun belum bayar. Akaun ini merekodkan segala transaksi kita beli barangan jual secara hutang kepada pembekal. Apa2 barang jual yg kita beli di mana2 pembekal, sama ada nilai kecil atau besar perlu direkodkan di akaun ini. 

2. Overdraf bank. Overdraf bermaksud kita terlebih keluar tunai daripada bank. Contoh, kita punya bank hanya tinggal RM1000, tetapi kita mengeluarkan duit dari bank sebanyak RM1500, bermksud RM500 itu adalah overdraf.

3. Hasil belum terpeoleh. Hasil yg kita dah dapat awal daripada tempoh yg sepatutnya. Sepatutnya hasil tu kita dapat pd tahun hdpn/tempoh perakaunan yg akan datang, tapi kita dh dpt pada tahun ini. Apa yg  menyebabkan dia jadi liabiliti kpd kita? Sebab kita telah hutang utk memberikan perkhidmatan kpd mereka yg telah byr awal dkt kita ni. Jadi, hasil ini jadi liabiliti kpd kita, aset bagi mereka (org yg byr)

4. Belanja belum bayar. Belanja yg sepatutnya kita kena byr tahun ni/tahun lepas, tapi blum byr lagi untuk tempoh perakaunan thn ni. 


D) EKUITI PEMLIK

1. Modal awal. Modal yang diambil daripada modal akhir tahun lepas. 

2. Untung/rugi bersih. Yang ini korg kena ambil nilai dia daripada akaun perdagangan dan untung rugi. 

3. Ambilan. Ni adalah nilai yg direkodkan kalau korg ada bawa keluar apa2 barang yg korg jual, untuk urusan peribadi. Contoh korg jual set komputer, dan korg ambil satu set dan dijadikannya sebagai hadiah untuk anak.

4. Modal akhir inilah nilai yg korg dapat lepas dh kira daripada modal awal, untung/rugi bersih dan ambilan. 


E) LIABILITI BUKAN SEMASA

1. Pinjaman bank (jangka masa panjang). Jgn keliru, ada 2 jenis pinjaman bank boleh dipohon. Yg ni adalah yg panjang punya iaitu lebih daripada setahun. Kebiaasannya, pinjaman bank jangka panjang akan dibuat untuk menambahkan modal, mengembangkan lagi perniagaan dan reason2 yg lain.

2. Gadai janji. Ini adalah jenis pinjaman yg melibatkan hartanah, pembelian rumah. Kiranya kedua pihak terlibat dalam memberi sesuatu yg membolehkan urusan transaksi itu ada persetujuan. Pihak peminjam iaitu kita, kena berikan sesuatu spt hartanah kita sendiri kepada pihak pemberi pinjaman iaitu bank. Dan pihak bank akan berikan korg jumlah pinjaman yg korg mohon yg korg kena byr tiap2 bulan beserta faedahnya. Contoh, kalau korg nk beli rumah, mesti kena buat pinjaman kan, dengan itu korg sebenarnya bagi hak hartanah rumah korg kpd bank and korg akan dapat pinjaman tu dri bank dengan syarat tiap2 bulan byr. Apa jadi klu korg tak bayar tiap2 bulan tu? Bank berhak untuk tarik balik or ambil balik hak dorg iaitu rumah yg korg gadaikan itu. 


Okayyy guysss! Ini sajelahh yg korg belajar ni. Rasanya mcm ada lagi komponen lagi dalam PKK ni but im truely sorry sbb ingat2 lupa ahahhaah. Dah lama kan berhenti sekolah. So klu korg ada terjumpa komponen yg takde dalam explanation di atas, boleh komen nnti saya akan jwb and jelaskan pd u guyss. Setakat ini sahaja post saya harini, sorry dh lama tak update sbb beraya kann ahahahha. #raya2022

Masih tak terlambat utk ucap selamat hari rayaaa kepada korg sama ada jauh atau dekat, tua atau muda, dan apa2 jelahh hihi. Sama ada korg sedih atau gembira, hari yang keriangan ini hendaklah disambut dengan penuh kesyukuran dan kesederhaan. Hah klu over excited tak boleh gak, lupa diri terus tu. Setiap apa yg kita buat mestilah berpada-pada. Have a nice day!

Comments