So topic lain hari ni, persamaan perakaunan. Hah dah nak mula dah fasa rumit untuk nak fahami konsep perakaunan ni. Takdelah susah sangat. Kalau cepat tangkap, cepatlah faham. But benda tu tak kesah lah. Janji you guys dapat ilmu dan fahami serta amalkan dah cukup sangat-sangat.
Persamaan perakaunan ni, kalau faham formula dia, mudah lah fahami lebih lagi lepas ni kalau ada berlaku certain situation yang kita perlu solve nanti. Ini sangat-sangat basic, kalau dari sini tak kuasai sepenuhnya, susah dah nak catch up topik-topik yang seterusnya. So, korang yang mana student SPM tu tolong fokus betul cikgu ajar tu. Jangan memain. Cubit kang!
Ini persamaan perakaunan:
ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK (BM)
ASEET = LIABILITY + OWNER'S EQUITY (ENG)
Tetapi ada pecahan dibuat dalam ekuiti pemilik tu. Dalam ekuiti pemilik ada modal dan untung bersih. Persamaan kalau ekuiti pemilik dipecahkan:
ASET = LIABILITI + MODAL + (UNTUNG BERSIH/-RUGI BERSIH) (BM)
ASSET = LIABILITY + CAPITAL (NET PROFIT/-NET LOSS) (ENG)
P/S: Kalau perniagaan dapat rugi bersih, jadi dalam formula ni, ianya perlu ditolakkan. Kalau asal formula ni adalah untung, dan bila dapat untung perlu tambah. Jikalau dapat sebaliknya, nilai tersebut perlu ditolak.
Dalam untung/rugi bersih tu sebenarnya ada pecahan lagi. Bukanlah ada pecahan yang macam formula di atas. Formula yang bawah ni menunjukkan macam mana kita dapat nilai untung/rugi bersih tu.
ASET = LIABILITI + MODAL + HASIL - BELANJA
ASSET = LIABILITY + CAPITAL + REVENUE - EXPENSES
UNTUNG BERSIH/RUGI BERSIH = HASIL - BELANJA
Hasil dan belanja tu adalah daripada komponen dalam penyata akaun dan untung rugi. So sebab itu boleh dipecahkan lagi. Kalau ikut apa yang kita faham, hasil yang ditolak belanja akan dapat untung ataupun rugi. Pecahan di atas akan lebih jelas lagi macam mana flow dia.
Daripada formula atas, ada suatu penerangan yg saya perlu hujahkan supaya korang akan lebih faham. Di mana nak letak dekat aset, mana nak letak dekat liabiliti. Apa kriteria-kriteria yang perlu kita fahami semasa nak rekod dekat setiap komponen tu. Macam aset yang kita tau, dalam tu ada tunai, bank, akaun belum terima. Liabiliti pula adalah overdraf bank, akaun belum bayar, pinjaman jangka pendek dan sebagainya.
Untuk penerangan tu, kalau student SPM boleh cari dekat buku teks muka surat 47 - 49 (buku teks F4)
Tapi saya juga akan buat penerangan lain, and maybe situation lain daripada buku teks tu. So bolehlah kalau ada student universiti/kolej baca jadual di bawah.
DEBIT | KREDIT | |||
ASET | BELANJA | LIABILITI | EKUITI PEMILIK | HASIL |
Aset bukan semasa: Kenderaan, Pelaburan, Alatan pejabat, Perabot dan kelengkapan, mesin, bangunan, premis, dan sebagainya. | Sewa premis, Gaji, Susut nilai & sebagainya. | Liabiliti bukan semasa: Pinjaman bank, Gadai janji dan sebagainya | Modal, untung/rugi bersih, ambilan | Komisen, dividen diskaun diterima & sebagainya. |
Aset semasa: Bank, Akaun belum terima, Tunai, Inventori, Hasil belum terima, Belanja prayabar dan sebagainya.
| Liabiliti semasa: Overdraf bank, Pinjaman jangka pendek, Belanja belum bayar, Hasil belum terperoleh, |
Okay daripada jadual ni korang kena tau Aset nilai dia akan sama dengan nilai liabiliti dan ekuiti pemilik ni. Sebab tu saya buat garis tengah tu lebih gelap sikit. By the way, kalau korang nak tau lebih detail setiap komponen-komponen dalam jadual di atas (Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik), korang boleh tekan link di bawah👇
Komponen dalam Penyata Kedudukan Kewangan/Perakaunan T4 (Bab 2)
Kalau nak lebih detail untuk Belanja dan Hasil ni, boleh tengok dekat link ni 👇
Komponen dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi/Perakaunan T4 (Bab 2) (Part 1)
Komponen dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi/Perakaunan T4 (Bab 2) (Part 2)
Yg ini adalah penerangan setiap transaksi yang berlaku, dan direkodkan mengikut persamaan di atas. Nanti saya akan terangkan bagaimana nak imbangkan kedua-dua persamaan ni.
Urusniaga | Komponen | Penerangan | |
1 | Masukkan sejumlah duit sebanyak RM500 daripada tunai ke dalam bank | (+) Bank | Duit tunai ada dua jenis sama ada tunai dalam bank atau tunai di tangan. Yg dimaksudkan adalah tunai yg berada di tangan kita, kita masukkn dalam bank. Jadi dalam tunai di tangan dah makin berkurang, tetapi di bank semakin bertambah sebanyak RM500. |
(-) Tunai | |||
2 | Membeli barang jualan berjumlah RM1000 dengan menggunakan bank | (+) Inventori | Di inventori bertambah sebanyak RM1000, kiranya nilai stok kita bertambah, tetapi duit dalam bank kita pula yang berkurang sebab kita keluarkan beli barang niaga tadi. |
(-) Bank | |||
3 | Membawa masuk sejumlah wang tunai di tangan sebanyak RM500, manakala tunai di bank sebanyak RM1200 | (+) Modal | Ha yang ni tiga komponen kena rekod, modal bank, and tunai. Kiranya kita ada duit simpanan untuk mulakan perniagaan. Kalau nak berniaga mesti ada modal kan? Jadi dia letak dua tempat iaitu di tunai dan bank. Sebab itu kedua-kedua komponen itu bertambah lagi. |
(+) Bank | |||
(+) Tunai | |||
4 | Jual barang niaga yang bernilai RM2000, dan terima secara di bank berjumlah RM2300 | (+) Bank | Bila jual barang niaga ni, ada 3 komponen yang terlibat. Kita akan dapat bayaran daripada pelanggan secara apa? Tunai atau bank, ataupun hutang. So situasi ni bank bertambah. Bila dah jual barang mesti stok kita berkurangkan? Sebab itu inventori kita berkurang. Then, untung bersih yang kita dapat dari kita tolak nilai inventori dengan nilai yg dia dapat. Jadi kata mudahnya, nilai yang dia dapat lebih tinggi daripada nilai yang dia tanggung, kos inventori tulah. RM2300 - RM200 = RM300. Sama konsep harga jual tolak kos. Cuma ayat berbeza sikit. |
(-) Inventori | |||
(+) Untung bersih | |||
5 | Beli alatan tulis untuk kegunaan pejabat secara tunai yang berjumlah RM100 | (+) Alatan tulis/alat pejabat | Bahagian alatan pejabat akan bertambah sebab kita beli alat tulis tu, so nilai dia bertambahlah RM100. Disebabkan dia beli dengan wang tunai di tangan, jadi nilai tunai dia berkurang RM100. |
(-) Tunai | |||
6. | Mengambil satu unit laptop yang bernilai RM1500 daripada perniagaan untuk kegunaan hadiah buat anaknya | (+) Ambilan | Barang jual yang kita sendiri ambil as pemilik perniagaan, perlu direkodkan dalam “ambilan”. Jadi RM1500 perlu direkodkan ke dalam ambilan dan inventori dia akan berkurang, sebab dia bawa keluar stok dia kan. |
(-) Inventori | |||
7 | Menjual barang niaga kepada pelanggan secara hutang sebanyak RM250 | (+) Akaun belum terima | Jual barang niaga yang bernilai RM250 akan mengurangkan nilai inventori dan hutang pelanggan kepada kita akan bertambah, sebab dia bayar secara hutang. |
(-) Inventori | |||
8 | Membeli perabot untuk pejabat yang berharga RM4500 dibayar secara tunai dalam bank. | (-) Bank | Bank akan berkurang kerana beli perabot guna tunai dalam bank dan akan bertambah modalnya kerana perabot itu untuk kegunaan pejabat. |
(+) Modal | |||
9 | Bayar sewa premis bernilai RM900 sebulan dan dibayar melalui bank. | (-) Bank | Bank akan berkurang sebab dia bayar pakai bank. Then, belanja akan bertambah. Kalau dalam buku teks tulis untung, tapi ni lagi detail so dalam belanja. Boleh tengok dkt persamaan atas tu. Belanja ada dalam penyata untung/rugi |
(+) Belanja | |||
10 | Mengeluarkan RM500 secara tunai untuk membayar pendaftaran anak ke kolej. | (-) Tunai | Walaupun pemilik ini mengeluarkan tunai sahaja daripada perniagaan, tetapi perlu direkodkan as ambilan. Pengurangan di tunai RM500, dan ambilan direkodkan RM500. |
(+) Ambilan | |||
11. | Membayar RM2500 ke akaun belum bayar melalui bank | (-) Bank | Kita dah bayar hutang yang kita beli barang niaga secara kredit kan. Jadi nilai daripada akaun belum bayar akan berkurang sebab hutang korang berkurang. Dan semestinya nilai bank juga berkurang disebabkan korang bayar guna bank. Kiranya, bila nilai akaun belum bayar korang berkurang itu menunjukkan tanda yang positif tau! |
(-) Akaun belum bayar | |||
12 | Terima sewa premis sebanyak RM1000 daripada pelanggan secara tunai | (+) Hasil (dalam penyata untung rugi) | Kita ada sewakan premis dekat orang lain, then dia bayar sewa tu dekat kita then akan jadi hasil kepada kita. Bertambahlah nilai dekat tunai RM1000. |
(+) Tunai | |||
13 | Membawa masuk tunai di bank sebanyak RM20,000 sebagai modal tambahan | (+) Bank | Bila bawa masuk duit untuk modal, then dekat nilai modal akan bertambah secara automatiknya, bank juga akan bertambah sebab kita letak duit dalam tu. |
(+) Modal | |||
14 | Terima cek RM1300 daripada jualan barang niaga yang jumlah kos inventori tersebut adalah RM1000 | (+) Bank | Drpd situasi ni, pelanggan beli barang kita then dia bayar pakai cek. Tetapi kos inventori yg kita beli tu hanyalah RM1000. dan kita dapat untungnya sebanyak RM300. RM300 tulah kita rekod dekat hasil/untung. |
(-) Inventori | |||
(+) Hasil/untung | |||
15 | Membayar RM1850 dengan cek kepada akaun belum bayar untuk menjelaskan hutang sebanyak RM2000 | (-) Bank | RM1850 yang dibayar guna cek, jadi nilai bank akan berkurang. Begitu juga dengan nilai akaun belum bayar sebanyak RM2000 sebab hutang berkurang. Yang menjadi hasilnya adalah, bila kita bayar hanya RM1850, tetapi hutang kita adalah RM2000, jadi bakinya RM150 adalah hasilnya. RM150 ini lebih dikenali sebagai diskaun diterima. |
(-) Akaun belum bayar | |||
(+) Hasil/untung |
Okay setakat itu saja untuk harini, tak terlalu banyak tapi saya yang penat menulis hahaha. Bagi korang baca dulu, fahamkan jadual ni, terutamanya persamaan tersebut. Untuk debit dan kredit yang saya tulis tu, kalau tak faham takpe, sebab saya saja tulis untuk penambahan buat penerangan kemudian. Saya yang malas nak asing-asing kemudian hari haha. Semoga korang berjaya fahami konsep persamaan ni pula! Have a nice day guys!
Comments
Post a Comment