Sumber: Buku Teks Tingkatan 4 |
Seperti apa yang korg nampak jadual ni, saya akan ceritakan sikit tentang catatan kontra. Apa itu catatan kontra?
Catatan kontra ni bermaksud catatan yang bertentangan dengan akaun yang berkaitan. In english, opposite. Seperti korang tengok dalam jadual, akaun berkaitan ni berlawanan dengan catatan kontra. Sebab apa? Contoh kalau kita tengok nilai dalam akaun berkaitan tuh, akan menjadi berkurangan disebabkan adanya catatan kontra tu.
ASET BUKAN SEMASA VS SUSUT NILAI TERKUMPUL
Aset bukan semasa adalah seperti kereta, mesin yang terpaksa disusut nilaikan tu, akan menyebabkan nilai aset bukan semasa berkurang. Kenapa ada susut nilai? Hah susut nilai ni kiraan dianggap sebagai belanja dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi. Kalau korang perasan, selalunya harga kereta akan berkurang nilainya setiap tahun kan? Samalah macam perniagaan ni, sebab segala transaksi yang berlaku kena rekod. Memang susut nilai ni adalah belanja yang kita tak nampak secara realiti. Ianya berkurang macam tu saja. Yang selalu kena susut nilai ni, antaranya mesin-mesin, jentera, kenderaan dan seangkatan dengannya.
AKAUN BELUM TERIMA VS PERUNTUKAN HUTANG RAGU
Okay next akaun belum terima. Macam mana peruntukan hutang ragu boleh mengurangkan nilai akaun belum terima ni? hah, buat semua yang masih tak tau apa itu hutang ragu ni. Peruntukan hutang ragu ni, adalah satu anggaran nilai yg diambil daripada akaun belum terima juga, tapi nilai-nilai yang masih pelanggan belum bayar. Kiranya pada tahun itu, ada beberapa customer yang masih belum langsaikan hutang barang tu akan diiktiraf sebagai peruntukan hutang ragu.
Kita bayangkan, sepatutnya nilai yg kita dapat tu, mesti sama kan dengan nilai yg kita dah jual, dah rekod dalam lejar apa semua. Tapi tak sama sebab ada yang masih belum bayar Disebabkan itu, punca akaun belum terima kita berkurang. Kita masih was-was lagi sama ada pelanggan itu masih mampu atau tidak untuk langsaikan hutangnya itu . Kalau confirm mereka memang tak mampu sebab muflis or pelanggan tu meninggal dunia, lebihan hutang tu dijadikan sebagai hutang lapuk. Yang akan ditolak dekat belanja dalam penyata Akaun Untung Rugi.
MODAL/EKUITI PEMILIK VS AMBILAN
Untuk modal atau ekuiti pemilik pula, catatan kontra dia adalah ambilan. Ambilan ni adalah satu akaun yg khas untuk direkodkan oleh pemiliknya apabila berlaku ambilan barang niaga ataupun boleh jadi pengambilan aset pejabat dan sebagainya untuk keperluan peribadi. Jadi akaun ambilan ni memang berkaitan dengan hal peribadi pemilik sahaja, kalau ada melibatkan pihak lain pun maybe ada, kenalah bertanya kepada yang lebih arif. hihi.
Okay apa yang menyebabkan dia kontra dengan modal ni? Disebabkan nilai ambilan yg direkodkan pemilik inilah modal dalam perniagaan dia akan berkurang. Semua yang kontra-kontra ni memang akan melibatkan pengurangan nilai akaun tersebut. Seperti yang kita lihat, barang-barang niaga kita pun dikira modal juga tetapi macam mana pula stok kita dikira modal juga? Nanti sy cerita selanjutnya di bawah. Jadi daripada yang kita fahami ni, sekiranya berlakunya ambilan dalam tahun tersebut, maka berkuranglah nilai dalam modal tu nanti.
JUALAN VS PULANGAN JUALAN/MASUK
Seterusnya, jualan. Catatan kontranya adalah pulangan jualan. Kita dah buat jualan tapi ada customer yang terpaksa pulang balik atas faktor salah jenama, terlebih units, rosak, dan sebagainya. Disebabkan adanya pulang jualan ni yang akan menurukan rekod jualan kita.
BELIAN VS PULANGAN BELIAN/KELUAR
Dan sama sahaja konsep belian ni dengan penerangan di atas (jualan). Jika kita beli stok and stok tu pula ada masalah ke apa, terpaksalah pulangkan balik.
Okay guys, setakat ini sahaja untuk harini. Actually, saya dah lama buat post ni tapi baru sahaja ada kesempatan nak habiskan sebab busy dah assingment dengan final exam. Sekarang tengah cuti sem harap-harap dapat buat banyak-banyak and nanti saya cuma tinggal post sahaja lepas ni. And salah satu halangannya pun adalah sifat malas saya haha.
Sebolehnya janganlah ikutkan sangat sifat malas itu. Nak berjaya macam mana pun jalan yang kita pilih, tetap sifat rajin usaha itu kena ada. Contoh paling dekat dengan kita, affiliate atau jadi agent jual barang. Walaupun mudah dan kalau kena caranya untuk dapat untung banyak, tetap mereka perlu rajin marketing atau share setiap hari link-link tersebut.
Sesibuk macam mana pun korang untuk persediaan SPM ni, rehat itu sangat penting. Kalau penat, ambil masa untuk rehat sekejap lepas itu baru sambung buat kerja ataupun study. Kesihatan fizikal dan mental pun perlu dijaga juga. Okay, have a nice day guys. Thanks!
Sambungan ke topic seterusnya:
Buat pelajar yang masih ragu-ragu sama ada korang perlu atau tidak memiliki tablet untuk diri sendiri dan keluarga boleh baca post di bawah:
Comments
Post a Comment