Adakah tablet berguna untuk student? Ini kelebihan tablet untuk student terutamanya student university/college.

Post kali ini, saya ingin berkongsi tentang TABLET yang sudah menjadi normalisasi untuk setiap individu perlu ada apabila digunakan dalam rutin harian mereka. Tidak kira umur, sama ada anak kecil, pelajar sekolah mahupun universiti dan individu yang sudah ada kerjaya. Tapi post ini saya akan lebih terperincikan kepada pelajar university atau college di mana saya sendiri dapat melihat sekarang, ramai pelajar yang menggunakan tablet ini untuk kegunaan harian mereka seperti membuat task, notes, reminder dan sebagainya. 

Saya sendiri memiliki sebuah tablet berjenama Samsung. Tidaklah besar mana, tapi cukup untuk saya membuat nota, ataupun membuat sedikit kerja-kerja atau tugasan dalam tu. Yang menjadi keutamaan saya untuk memiliki tablet ini, saya dapat gunakan tablet ini untuk membuat notes daripada notes yang diberikan oleh lecturer dan juga ianya boleh dibawa ke mana-mana sahaja, tanpa perlu membawa laptop. 

Tetapi orang selalu tanya, tablet ini boleh menggantikan laptop ke? Bagi saya tidak. Laptop ada fungsinya tersendiri dan tak semua fungsi-fungsi yang dimiliki oleh laptop ada pada tablet. Untuk membuat laporan, presentation ataupun yang berkaitan dengan penggunaan microsoft, saya lebih selesa menggunakan laptop daripada tablet meskipun tablet ini disertakan dengan wireless keyboard. 

Jadi bagi saya, laptop dan tablet mempunyai kelebihan tersendiri. Bercakap tentang tablet, ini kelebihan yang saya dapat apabila menggunakan tablet untuk kegunaan harian sebagai student universiti:

Inilah kelebihan-kelebihan yang kita boleh dapat apabila menggunakan tablet untuk kegunaan harian. Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan yang ada. Bergantung kepada cara penggunaan bagi setiap individu yang memilikinya. Buat yang bekerja, ada cara penggunaan mereka, mungkin dengan tablet ini mereka dapat buat reminder, laporan-laporan kerja mahupun ada tugasan luar yang perlu diawasi. Dengan tablet ini, dapat memudahkan mereka untuk membuat kerja walaupun berada di luar pejabat. 

Berbalik kepada pelajar universiti, kalau pelajar yang mengambil jurusan yang memerlukan banyak bacaan dan membuat notes seperti saya, penggunaan tablet sangatlah sesuai kerana, korang boleh buat nota dalam tu. Korang tak perlu bersusah payah untuk menyediakan segala jenis highlighter, pen bermacam warna dan kertas-kertas, tablet ni dah merangkumi semuanya. Korang boleh buat notes yang simple, menarik dan cantik supaya mudah untuk faham dan tertarik untuk korang baca kemudian. 

Buat pelajar yang sering terlibat dengan research document dan sebagainya, tablet ini memudahkan korang untuk cari article dalam tu, dan pada masa yang sama korang boleh download melalui pdf and convert kepada notes (according to every type of brand) yang dah tersedia tu dan buat summarize melalui tablet ini sahaja. Tidak perlu print banyak-banyak article tu semata-mata tugasan yang hanya sekali dibuat. Tambahan lagi, melalui pemerhatian masa kini, kebanyakan laporan atau tugasan yang dibuat, kerap dihantar melalui softcopy, iaitu melalui pdf. 

Tablet ini sangat sesuai jikalau ada tugasan yang perlu dihantar dengan segera dan korang tidak cukup kelengkapan untuk membuat tugasan seperti laptop ataupun ketika itu berada di luar. Hanya perlu perbaiki perkara yang kecil dan bukan terlalu complicated. 

Yang paling best, tablet ni bukanlah seperti phone, yang mempunyai capacity battery yang kecil. Tablet ini diberi kelebihan dengan mempunyai capacity battery yang besar. Bermakna, korang boleh guna sehingga dua ke tiga hari bergantung pada jenis tablet juga. Contoh tablet saya, paling lama bertahan tiga hari, itupun sebab saya kadang-kadang saja guna. Kalau kerap guna, paling lama dua hari.

Tablet ini juga sebenarnya boleh guna untuk meeting online seperti Gmeet, Zoom, Microsoft Team dan sebagainya. Kebanyakan tablet ada kemuduhan untuk guna dua aplikasi serentak untuk satu skrin. Kita boleh guna cara ini, dengan membuka platform meeting online dan juga serentak dibuka aplikasi lain, seperti notes, Google Docs, Words dan lain. Bagi saya membuat meeting online atau kelas online melalui tablet sangat mudah sebab jika ada kecemasan atau perkara tak dapat dielakkan yang memerlukan saya keluar dari rumah, saya dapat guna tablet ini tanpa perlu bawa laptop. Disebabkan keadaan bateri laptop saya yang sekarang ini tidak dapat bertahan lama, tablet lebih relevan untuk saya guna. Jangka bateri tablet sangatlah panjang dan memuaskan! Lagi-lagi bila main game. Memang puas!

Bercakap pula tentang games, tak dinafikan kalau bermain games online di tablet sangat menyeronokkan dan memuaskan. Saya pemain Clash of Clans, memang seronok dan jelas apabila bermain dengan tablet ini. Lagi besar skrin, lagi jelas grafiknya! 

Kesimpulannya, penggunaan tablet masa kini sangatlah relevan dan boleh dikatakan amat diperlukan sebagai seorang pelajar universiti. Tak dinafikan bila guna tablet ini, banyak kos yang saya dapat kurangkan dari segi penggunaan kertas dan tidak perlu labur kos untuk print notes. Sudah hampir setahun saya guna tablet ini, masih tidak ada rasa menyesal sebaliknya sangat memuaskan untuk pelajar seperti saya. Walaupun ada banyak kelebihan pada tablet ini, ada juga kekurangannya. Satu saja kekurangan daripada pandangan saya iaitu pengecasan bateri. Memerlukan dua hingga tiga jam untuk mengecasnya. Tetapi dalam jangka masa itu, sebenarnya saya boleh membuat tugasan lain, sementara menunggu tablet itu dicas sepenuhnya. Jadi masa itu tidaklah terbuang begitu sahaja.

Baiklah sampai sini saja konten saya untuk kali ini. Diharapkan post kali ini dapat membantu korang untuk membuat keputusan sama ada perlu ke tidak memiliki tablet pada masa kini. Pada pandangan saya dan segala pengalaman yang diceritakan di atas, tablet adalah satu teknologi yang sangat diperlukan sekarang. Banyak kelebihan yang terdapat di dalamnya. 

Comments