Buku Catatan Pertama (Pengenalan dan Jurnal Am) / Perakaunan T4 (Bab 4)

Hai dan Assalamualaikum korang! Post kali ini, saya nak ceritakan tentang tajuk baru iaitu Buku Catatan Pertama. Apa yang ada dalam buku catatan ni? Ianya terdiri daripada:

  • Jurnal 
  • Buku Tunai
  • Buku Tunai Runcit

Okay untuk Jurnal ni, dia ada pelbagai jenis termasuk Jurnal Am dan Jurnal Khas. Sama juga untuk Jurnal Khas. Jurnal Khas ni pun ada lagi anak-anak dia. Jadi Jurnal Khas ni terdiri daripada:

  • Jualan
  • Belian
  • Pulangan Jualan
  • Pulangan Belian
  • Penerimaan Tunai
  • Pembayaran Tunai

Buku catatan pertama ni, adalah perekodan yang korang akan buat berdasarkan daripada dokumen-dokumen yang korang dah belajar sebelum ni. Baca juga: Pengenalan Dokumen Perniagaan (Bab 3). Yang ada resit, baucar pembayaran, invois dan lain-lain tu, korang akan isi detail dia masuk dalam buku catatan pertama ni. 


JURNAL

Jurnal ini akan direkod mengikut kronologi tarikh yang ada dekat dokumen tu. Daripada hutang, pembayaran wang, peneriman wang, berapa jumlah inventori kita jual, atau beli. Kesemua maklumat akan diambil daripada dokumen-dokumen tu. Seperti di bawah ini, adalah contoh format Jurnal Am. 

Daripada format di atas, beginilah maklumat yang perlu diisi jikalau ada MEMO memberitahu bahawa pemilik ada bawa masuk kenderaan ke dalam perniagaan. Bila pemilik bawa masuk kenderaan, yang akan bertambah di akaun Kenderaan sebagai Aset Bukan Semasa, manakala Modal sebagai Equiti Pemilik

Kalau korang masih tak kuasai lagi formula Debit Kredit ni, boleh baca dekat post ni Baca juga: Persamaan Perakaunan

Sebagai korang dah dimaklumkan, bahawa Aset akan didebitkan kalau ianya BERTAMBAH, manakala Equiti Pemlik akan dikreditkan kalau ianya BERTAMBAH. Apa jadi kalau kedua-duanya berkurang? Dua-dua direkod secara bertentanganlah. Aset ke kredit, Equiti ke debit. Seperti format di atas, untuk bahagian kredit memang akan diberi jarak sedikit untuk menunjukkan detail itu adalah kredit, di sebelah kanan. 

Ada pelbagai transaksi yang perlu direkod di Jurnal Am. Contohnya:

1. Pemilik bawa masuk modal ke perniagaan.
Bank didebitkan sebab nilainya bertambah, manakala modal dikreditkan sebab nilainya juga bertambah.

2. Pemilik bawa keluar barang niaga untuk kegunaan peribaadi. (Ambilan)
Ambilan didebitkan, belian dikreditkan sebab barang niaga yang dibeli semakin berkurang.

3. Rekod baki awal. Maksudnya, baki akhir daripada tempoh perakaunan tahun lepas. Transaksi ini akan direkodkan yang paling awal, sebab kita nak tau berapa baki awal kita untuk tempoh perakaunan yang kita buat sekarang. 
Mana-mana aset yang ada baki awal, perlu didebitkan sebab memang asalnya adalah debit, dan modal pula akan dikreditkan.

4. Pemilik ada beli atau jual aset bukan semasa.

Beli Aset
Kalau transaksi ada memberitahu perniagaan membeli aset menggunakan nilai tunai di tangan atau di bank, korang perlu kreditkan bank, sebab duit dalam bank berkurang. Kalau transaksi tu tak cakap apa-apa, korang kreditkan modal. 

Jual Aset
Transaksi ni adalah jual aset bukan semasa. Bank didebitkan kerana nilainya berkurang manakala komputer dikreditkan kerana nilainya juga berkurang.

5. Boleh juga pemilik ada bawa keluar aset bukan semasa untuk kegunaan peribadi.
Ambilan didebitkan, manakala kenderaan dikreditkan sebab aset kenderaan semakin berkurang.

6. Pemilik ada buat pemindahan wang, sama ada tunai di tangan ke bank, ataupun wang di bank ke tunai di tangan.
Bank bertambah, Tunai di tangan dikreditkan sebab nilainya berkurang.

Tunai di tangan bertambah, bank dikreditkan sebab nilainya berkurang.

Kalau korang perasan, nilai tunai di tangan apabila dipindahkan ke bank adalah lebih banyak daripada nilai bank dipindahkan ke tunai di tangan. Sebab apa? Secara logikalnya, perniagaan tidak akan memegang jumlah tunai yang terlalu banyak di tangan. Hanya dipindahkan untuk jumlah yang diperlukan sahaja.

Sebab itu, perniagaan sebolehnya akan pindah nilai tunai di tangan ke bank untuk mengelakkan kecurian tunai dan sebagainya. Bila ada banyak tunai di tangan, perniagaan akan pindahkan ke bank untuk keselamatan dan nilai di bank juga boleh digunakan untuk jual atau beli barang niaga. 

7. Pembetulan kesilapan. Biasanya tersalah rekod amaun ataupun butirannya.
Contoh transaksi: Ada jualan kredit yang direkod RM200, tapi jualan rekod sebenar adalah RM2,000. Jadi yang terkurang adalah RM1,800. Akaun belum terima akan bertambah sama juga dengan jualan pun akan meningkat juga. Disebabkan perniagaan yang rekod cuma RM200 sahaja. 

Maklumat tambahan: Actually yang folio tu, boleh sahaja letak, boleh juga kalau tak nak letak. Folio ni ambil daripada dokumen-dokumen yang memula kita dapat tu. Kod folio ni akan ditulis dekat tepi atas dokumen tersebut. 

Ini sahaja untuk post kalini, post yang seterusnya baru saya ceritakan bagaimana pula dengan Jurnal Khas. Dalam jurnal khas inilah banyak anak-anak dia, dan korang tak perlu risau, buku catatan pertama ni bagi saya, masih lagi mudah untuk difahami, kalau kita faham bagaimana setiap transaksi  perniagaan itu berlaku. Nanti akan ada topik Lejar dan lejar inilah yang buat korang agak pening, tapi tak mengapa, saya akan suba terperincikan satu per satu supaya korang faham the flow lejar tersebut. 

P/S: Kalau ada pertanyaan yang nak ditanya untuk topik ni ataupun topik lain, korang boleh komen dekat bawah. Insha Allah saya akan reply secepat mungkin. Jangan malu-malu nak tanya, saya pun orangnya biasa-biasa saja. Diharapkan post-post yang saya buat ni dapat membantu korang semua memahami dengan mendalam Prinsip Perakaunan ni! Insha Allah dengan usaha dan penat lelah korang mendalami dan belajar subjek ni, A+ dalam genggaman korang!

Comments