Dokumen Perniagaan (Part 1) / Perakaunan T4 (Bab 3)


Sambungan daripada yang post lepas, Baca dulu: (Pengenalan Dokumen Perniagaan) tentang dokumen perniagaan dalam dunia perakaunan ni, saya akan terangkan dengan lebih terperinci setiap dokumen tu. Buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM, berusahalah sehabis baik untuk dapatkan hasil yang memuaskan kita kelak.



1. BIL TUNAI
Sumber: Buku Teks Prinsip Perakaunan Tingkatan 4

Dokumen ni, akan digunakan kalau perniagaan tu buat penjualan atau pembelian dibuat secara cash/tunai atau bank(cek). Bil tunai ni ada 2 jenis iaitu yang asal atau salinan. Contoh kalau kita beli barang daripada penjual, jadi bil tunai yang kita terima tu adalah asal, manakala penjual tu akan simpan yang asal. Sama juga kalau kita sebagai penjual, kita simpan salinan, yang pembeli/pelanggan akan dapat yang asal. Dengan kata mudah, penjual simpan yang salinan, pelanggan/pembeli akan simpan yang ori.

      PENJUAL     -    PELANGGAN

   (SALINAN)     -    (ORIGINAL)


2. RESIT RASMI

Sumber: Buku Teks Prinsip Perakaunan Tingkatan 4

Resit rasmi ni, akan digunakan untuk barang yang di order tu dah diterima bayarannya. Pelanggan yang dah bayar barang tersebut akan diberikan resit bersama dengan tandatangan oleh penjual. Jadi sign yang dibuat menjadi bukti yang pelanggan tu dah bayar. Sama juga konsep salinan dan asal digunakan seperti bil tunai tadi. 


3. KERATAN CEK

Sumber: Buku Teks Prinsip Perakaunan Tingkatan 4


Keratan cek ni daripada cek. Bila dapat cek, dekat tepi cek, ada keratan ni and kita boleh koyakkan dan simpan untuk rekod. Yang simpan keratan cek  ni adalah pembayar, jadi kalau ada kes kita tak bayar or lain2, keratan cek ni jadi bukti as kita dah bayar pada dia. Kemungkinan cek tu dah takda pada si penerima sebab cek tak laku, cek tu hilang ke, atau dah tamat tempoh. 

Cek ni boleh jadi pelbagai situasi, di mana maybe cek tu tak laku, tamat tempoh dan sebagainya. 

1. Cek tak laku. Tak laku sebab contition cek tu. Kalau cek tu dalam keadaan berlipat2 sehinggakan cek detail dekat cek tu dah tak nampak. Itu yang punca cek tu tak laku. Jadi nak mengelakkan situasi ni berlaku, cek boleh dilipat tapi jangan sampai hilang tulisan dekat cek tu. 

2. Cek tamat tempoh. Ya, cek ada masa limited dia. Orang yang menerima cek ni perlu sentiasa alert tempoh dia. Tempoh yang sah dari 3 ke 6 bulan bermula seperti tarikh yang dinyatakan. Jadi nak mengelakkan situasi ni berlaku, boleh sahaja hired sorang pekerja yang mengendalikan bahagian pembayaran cek ni. Boleh limitkan cek yang nak claim dekat bank tu, paling lewat seminggu. Tak perlu tunggu sehingga sebulan untuk claim. Ni juga dapat mengelakkan kerugian pada perniagaan.


4. BAUCAR PEMBAYARAN

Sumber: Buku Teks Prinsip Perakaunan Tingkatan 4

Dokumen ni biasanya digunakan yang tak melibatkan urus niaga jualan tu. Bayaran yang dibuat yang melibatkan aktiviti dalam perniagaan sebagai contoh, bayar gaji pekerja, bayar bil air elektrik, bayar sewa kedai, dan bayar bil-bil lain yang menjadi keperluan untuk teruskan operasi perniagaan tu. Jadi dokumen ni ada satu sahaja salinan dimana untuk direkodkan dalam perniagaan. Orang yang menerima bayaran tu akan sign dekat baucer ni, and baucar ni akan disimpan dalam file perniagaan lah. Menjadi bukti kepada perniagaan tu yang penerima sudah pun terima bayaran tersebut. 


5. BAUCAR TUNAI RUNCIT

Sumber: Buku Teks Prinsip Perakaunan Tingkatan 4

Fungsi dia lebih kurang mcm baucer pembayaran tu, tapi digunakan untuk amaun kecil sahaja. Contoh,beli peralatan tulis ke, bayar tambang transport, beli makan dan minuman ataupun bayar untuk langganan surat khabar. Jadi yang akan disimpan baucar ni oleh juruwang runcit, dan akan disahkan oleh ketua juruwang. 


6. SLIP DAFTAR TUNAI

Sumber: Buku Teks Prinsip Perakaunan Tingkatan 4

Hah yang ini paling kerap korang jumpa dekat kedai, mall, atau pesaraya yang selalunya pelanggan akan dapat. Contoh, kalau kita beli barang di mall, lepas dah bayar, kita akan dapat satu dokumen, dan dokumen itulah slip daftar tunai. Dekat situ dinyatakan seperti yang korang taulah, harga setiap item, jumlah barangan yang korang beli dan juga amaun yang korang bayar. Nama yang mesin keluarkan slip ni dinamai slip daftar tunai. 


7. SLIP BANK/SLIP DEPOSIT CEK

Sumber: Buku Teks Prinsip Perakaunan Tingkatan 4

Okay slip yang ini kebiasaannya akan digunakan apabila korang nak masukkan duit yang ada dekat tgn tu ke bank. Sebab pegang cash banyak-banyak pun, akan terdedah kepada bahaya, seperti yang pernah terjadi kepada pengetua salah sebuah sekolah, kehilangan tunai beribu-ribu yang hanya diletakkan dalam kereta begitu sahaja. Ada baiknya kita depositkan semua tunai itu ke dalam bank. Jadi berbalik pada topic slip ni, slip bank ni akan diisi oleh kita yang mahu depositkan tunai, dan akan disimpan yang salinan. Slip asal pula bank yang akan simpan. Gelaran yang diberi untuk orang yang deposit tunai ialah pendeposit. 


8. SLIP PINDAHAN WANG

Ni simple sahaja, di mana slip yang digunakan untuk pindah wang sama ada dalam atau luar negara. Slip tu kita kena isi dan berikan kepada pegawai bank. 


9. SLIP TRANSAKSI PERBANKAN ELEKTRONIK. 


Sumber: Buku Teks Prinsip Perakaunan Tingkatan 4

Ni slip yang biasa kita nampak, apabila parents kita atau abang akak nak keluarkan duit daripada ATM (Automated Teller Machine). Tapi dalam ATM tersebut bukan sahaja boleh buat pengeluaran tunai, boleh juga membuat pindahan wang ataupun bayaran. Cek baki akaun kita pun boleh, tapi sekarang semua dihujung jari. Kita boleh tengok baki dalam apps sahaja. 


10. Urusniaga atas talian

Sumber: Buku Teks Prinsip Perakaunan Tingkatan 4

Hah ini slip yang orang zaman sekarang buat. Bukan sahaja terhad pada peniaga, orang-orang biasa pun selalu buat. Kebanyakan yang menggunakan slip ni dia nak pindahkan wang kepada orang lain menggunakan apps sahaja. Istilah english "online banking" menjadi common untuk semua orang menggunakan sama ada ingin bayar bil-bil atau barang yg dibeli kepada orang lain. Pindahan wang kepada bank lain, cek baki akhir tunai dalam bank mahupun shopping online. Paling popular shopping online sekarang seperti Shopee, sambil baring pun boleh beli-belah. Janji ada duit dalam akaun hihi. 

Dalam istilah urusniaga slip ini akan direkodkan dan dihantar kepada penerima saat pembayar dah buat bayaran. Platform yang dibuat oleh setiap bank ini, telah memudahkan kita untuk membuat transaksi sama ada amaun kecil mahupun amaun yang besar. Tidak perlu dah risau jika kita tiada cash di tangan. Sekarang, yang paling orang ramai guna, ialah QR Code DuitNow, TouchNGo E-Wallet, dan sebagainya.


Next post: Dokumen Perniagaan (Part 2)

Comments