Dokumen Perniagaan (Part 2) / Perakaunan T4 (Bab 3)

Sambungan kepada post yang lepas: Dokumen Perniagaan (Part 1)


11. MAKLUMAN DEBIT/KREDIT

DEBIT
Sumber: Buku Teks Prinsip Perakaunan Tingkatan 4


KREDIT
Sumber: Buku Teks Prinsip Perakaunan Tingkatan 4

Makluman ni melibatkan pihak bank, di mana mereka akan beri notis dekat kita bahawa ada pengurangan atau penambahan duit tunai dalam bank akaun kita. 

Debit: Jika dapat yang debit punya, ni bermaksud duit dalam bank tu berkurang, ada pengeluaran tunai dalam akaun bank tu.  Sebagai contoh, pembayaran yang dibuat dalam membaharui kad ATM tersebut. 

Kredit. Jika dapat yang kredit pula, bermaksud duit dalam akaun bank tu bertambah. Mungkin ada dividen yang masuk dan sebagainya.

Jangan konfius ye, dari perspektif kita, mmg bahagian debit bank, duit dalam bank bertambah, yang ini kita cerita dari perspektif bank. Kalau bank mmg terbalik. Sama macam kredit pun terbalik, boleh tengok jadual di bawah untuk mudah faham.

 

DARI PERSPEKTIF KITA

DARI PERSPEKTIF BANK

DEBIT

BERTAMBAH

BERKURANG

KREDIT

BERKURANG

BERTAMBAH



12. MEMO


Sumber: Buku Teks Prinsip Perakaunan Tingkatan 4

Dokumen ini akan digunakan untuk mencatat memo-memo yang perlu diketahui oleh perniagaan tersebut. Sebagai contoh, mencatatkan amaun ambilan yang diambil oleh pemlik, penambahan modal ke perniagaan sama ada secara tunai di tangan ataupun tunai di bank dan kalau staf yang ambil barang niaga untuk tujuan promosi, mereka perlu catat di memo.  Satu salinan je yang ada untuk rekod memo ni, sebab kegunaan dalam perniagaan sahaja. 

Mostly dokumen yang dalam perniagaan hanya perlu satu salinan sahaja. Tambahan lagi, memo ni bukanlah orang-orang biasa je boleh catat, perniagaan perlu hired orang yang dipercayai atau pun yang berjawatan tinggi, dan hanya limit kepada beberapa orang sahaja. Ini untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan yang boleh merugikan perniagaan. Sebagai contoh dalam situasi sebenar, boleh jadi staf tidak jujur dengan memalsukan sign dan membuat memo tentang ambilan sedangkan pemilik tiada bagi arahan untuk keluarkan duit dari perniagaan. 

P/s: Ambilan adalah pemilik perniagaan yang mengeluarkan sejumlah wang atau barang niaga untuk kegunaan peribadi.

Maklumat terperinci tentang ambilan: Catatan kontra


13. INVOIS

Sumber: Buku Teks Prinsip Perakaunan Tingkatan 4


Invois adalah salah satu dokumen yang sering digunakan dalam perniagaan dalam urusan jual beli secara kredit. Seperti yang awak semua lihat di gambar atas, terdapat maklumat dinyatakan tentang syarat 10% 7 hari, bermaksud ini adalah diskaun. Jika pembeli dapat membayar hutang tersebut dalam 7 hari, mereka akan dapat diskaun 10% daripada jumlah yang mereka perlu bayar. 

Seperti biasa, dokumen invois ni terdapat dua salinan juga, satu asal akan disimpan oleh pembeli/pelanggan dan yang salinan akan disimpan dan direkod oleh penjual/pembekel. 

Angkutan dibayar bermaksud, pembeli tidak perlu bayar upah pengangkutan untuk menghantar barang niaga sampai ke tempat pembeli. Penjual yang akan tanggung upah tersebut, dan dalam penyata penjual akan direkod sebagai belanja. Istilah lain untuk angkutan dibayar adalah angkutan keluar. Jangan risau angkutan ni akan diperincikan lagi di post yang akan datang.


14. NOTA DEBIT

Sumber: Buku Teks Prinsip Perakaunan Tingkatan 4

Nota debit ni akan dihantar ke pembeli untuk beritahu bahawa hutang mereka bertambah. Situasi yang menyebabkan penjual perlu mengeluarkan nota debit adalah kerana: 

  • Dalam invois ada maklumat yang tertinggal atau tersalah rekod amaun yang menyebabkan amaun tersebut terkurang nyata. 
  • Pembeli menjelaskan invois dengan lewat yang menyebabkan pembeli dikenakan faedah. 
Dua salinan:
  • Asal: Pembeli
  • Salinan: Penjual
Ia didebitkan kerana hutang pembeli/pelanggan bertambah. Sama konsep dengan akaun belum terima, orang yang berhutang dengan kita jika bertambah, akan direkod di bahagian debit. 


15. NOTA KREDIT

Sumber: Buku Teks Prinsip Perakaunan Tingkatan 4


Sama konsepnya seperti nota debit, untuk memberitahu kepada pembeli tetapi terbalik dengan nota debit, dihantar untuk memberitahu hutang mereka semakin berkurang disebabkan beberapa situasi:
  • Pembeli membuat pulangan (pulangan jualan) disebabkan barang niaga rosak, salah model, tersilap jenama ataupun terkurang unit daripada yang jumlah yang dipesan. Terkurang unit bermaksud, jumlah barangan yang sepatutnya diterima, tetapi yang sampai kurang daripada yang dipesan disebabkan itu penjual hantar nota kredit untuk beritahu hutang mereka berkurang. 
  • Boleh jadi, penjual tersilap rekod amaun yang menyebabkn amaun dalam invois terlebih nyata

Untuk pemahaman yang lebih terperinci, lihat jadual dibawah:

 

Orang berhutang dengan kita bertambah

Orang yang berhutang dengan kita berkurang

Akaun belum terima

Debit

Kredit

Nota Debit/Kredit

Debit

Kredit


Nak lebih faham tentang persamaan perakaunan: Fahami lebih lagi tentang Persamaan Perakaunan


16. BIL BAYARAN (KADAR BAYARAN)

Bil-bil seperti bil air, elektrik, wi-fi ataupun bil telepon yang perlu dibayar untuk meneruskan operasi perniagaan. 


17. FOLIO PELANGGAN 

Sumber: Buku Teks Prinsip Perakaunan Tingkatan 4

Dokumen ini kebanyakan akan digunakan di sektor perkhidmatan, di mana perniagaan itu dijalankan untuk menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai seperti pos, perhotelan, hospital atau perkhidmatan guaman. Merujuk gambar di atas, itu adalah folio yang biasa kita jumpa dimana ianya menyediakan perkhidmatan pos dan kurier, butiran itu perlu diisi sebelum menggunakan perkhidmatan pos. 

Folio ini juga ada sahaja digunakan di sektor penyediaan produk tetapi tidak terlibat dengan aktiviti utama dalam operasi pengeluaran. Sebagai contoh, menggunakan perkhidmatan penghantaran luar untuk menghantar produk yang dijual/dikeluarkan. 


Itu sahaja penjelasan untuk setiap dokumen dalam perniagaan. Awak semua perlu memahami setiap fungsi dokumen yang dikeluarkan oleh perniagaan mahupun diterima daripada pembekal/penjual. Sebab dokumen ini akan digunakan untuk projek SPM dalam subjek ini. Setahu sayalah mengikut kepada pembelajaran sewaktu saya di sekolah. If dah lain, korang boleh komen dekat bawah, supaya saya boleh dapat tau update pembelajaran terkini. Mana-mana soalan yang tak faham atau perlukan bimbingan untuk menyiapkan projek akaun, boleh juga komen di bawah. Saya akan cuba curi-curi masa untuk menjawab soalan korang. Thank you guys, sebab luangkan masa untuk baca post ni. Saya doakan mana yang bakal SPM tu akan dipermudahkan dalam setiap kertas yang dijawab. 


Next post saya akan update tentang Buku Catatan Pertama pula. Stay tuned guys! 


Baca lebih lanjut:

Apa yang ada dalam penyata akaun (Part 1)

Apa yang ada dalam penyata akaun (Part 2)

Comments