Makanan yang sepatutnya kita ambil semasa diet! Fokus pada pemakanan, disokong juga dari segi senaman.
From https://thebettyrocker.com/ |
Hai! Untuk post kalini, saya nak cerita dan kongsikan tip-tip untuk mereka yang masih struggle dalam proses diet yang konsisten. Saya bukanlah coach yang professional atau trainer yang berpengalaman, cukuplah saya kongsikan ini berdasarkan dari pengalaman saya sendiri dalam berjuang menurunkan berat badan. Banyak video-video ataupun website yang saya belajar dan jadikan rujukan sepanjang proses saya berdiet.
Dalam proses diet ini, bukanlah kita tak boleh amik langsung fast food, dan bukanlah hanya makan sayur semata-mata dalam perjalanan diet kita ni. Pengambilan fast food yang sedikit dan lebihkan makanan berkhasiat dapat mengimbangkan proses diet kita. Pernah dengar dalam proses diet kita ada cheat day? Dalam cheat day itulah, korang boleh gunakan hari itu, untuk makan apa yang korang nak, tapi masih terkawal pengambilannya.
Buat pengetahuan korang, tempoh saya berdiet sepenuhnya adalah setahun ye. Bukan bulan-bulan. Tapi serius menjadi, sebab susah nak naik balik. Takdelah susah tapi kalau tak terjaga makan 1-2 hari naik pun cuma tak sampai 1 kg. Itupun bukan naik terus, perlukan beberapa hari juga. Sama juga nak turunkan berat, makan masa juga. Saya lebih suka proses yang berperingkat dan lambat sebab lebih efficient daripada kena makan ubat pil cepat kurus dan segala alternatif yang melibatkan ubat. Badan kita pun akan terasa lebih sihat, dan rasa lebih ringan untuk membuat kerja-kerja harian.
Mengikut daripada pengalaman saya, dalam proses diet yang paling mencabar bagi saya, adalah dari segi pemakanan. Dari segi senaman, saya orangnya agak aktif, tetapi disebabkan berat badan yang berlebihan, makanya badan makin lama, makin lemau. Boleh saja daki bukit, lari 100m dalam acara sekolah, tapi tidaklah sehebat atlet. Jadi, saya fokus pada pemakanan, senaman yang dibuat adalah ringan dan dari rumah sahaja. Masa itu waktu PKP, jadi senaman saya hanya terhad dalam rumah sahaja. Selepas procedure semakin longgar, baru saya dapat berjoging di taman. Oh ye, tak lupa juga saya ada treadmill di rumah, tapi senaman saya banyak pada weight lifting daripada cardio. Saya akan kongsikan secara mendalam tentang jenis senaman di post yang seterusnya.
Untuk pemakanan, apa saya yang buat adalah:
- Kurangkan kuantiti nasi, tapi masih makan nasi dua kali sehari
- Dulu setiap hari minum MILO, sejak mula diet, saya ditinggalkan terus, dan juga air manis.
- Elak fastfood, saya sanggup tak makan KFC walaupun ada sedara belanja huhu.
- Snacking dah jadi rutin. Waktu sebelum lunch, dan juga sebelum dinner. Hanya makan buah ataupun biskut yang berkalori 100 ke bawah.
- Lebihkan portion makan semasa breakfast berbanding lunch dengan dinner. Portion makan seharian akan menjadi sedikit apabila tiba waktu dinner.
- Sehingga ke waktu kemuncak perjalanan diet saya, pengiraan kalori makanan sudah menjadi rutin juga.
- Lebihkan protein seperti ikan, ayam dan telur. Ayam pula saya akan ambil yang bahagian dada sahaja. Breast mempunyai kalori yang rendah berbanding bahagian-bahagian lain.
- Yang penting, makanlah sebelum kenyang. Sebab, makin kita kenyang, makin kita terasa malas nak buat kerja selepas itu.
Itu sahaja, setakat ini yang saya ingat sewaktu saya diet dulu. Ye, baca ni memang kita rasa macam terseksa, tapi memang saya terseksa mula-mula. Haha. Pengalaman saya bila mula diet dengan amalan-amalan saya sebut tadi, amat memeritkan, lagi-lagi bila saya perlu cut nasi tu. Yang saya maksudkan, portion nasi. Pengambilan nasi tetap dua kali sehari, tapi portion sedikit daripada kebiasaan saya makan. Kalau macam biasa kita lihat di post laman sosial, ramai yang mengesyorkan kita sukat meal kita 1:1:2.
Nampak tak betapa pentingnya ada sayur ni. Tapi kalau tak makan sayur pun takpelah, jangan tinggalkan terus protein tu. Bagi saya, sangat digalakkan ada sayuran. Salad pun sedap makan dengan nasi, timun pun okay. Masak sayur goreng pun boleh, tapi minyak kena jaga.
Amazon.com |
Okay berbalik pada nasi tadi, kalau korang rasa asyik rasa angin je badan tu, adalah disebabkan perubahan kita makan. Dulu kita makan portion yang banyak, sekarang dah sikit. Jadi akan ada effect pada perut kita juga. Itulah yang saya rasa dulu. Tapi kalau dah sampai melarat, korang sendiri pun rasa lain macam, adalah lebih baik terus berjumpa doktor. Kita tak tau reaksi badan kita terhadap perubahan ni. Mungkin korang perlukan plan yang lain untuk diet ni. Kalau masih okay, takpe teruskan. Untuk hilangkan rasa angin tu, kita kena cover dengan minum air kosong secara banyak. Tapi janganlah sampai berliter-liter. Ikut je apa yang kementerian kesihatan ajar. 8 gelas sehari. Bukan gelas kecil ye, gelas yang sederhana tu. Untuk saya, nak mudah saya sediakan botol Tupperware yang 750 ml untuk seharian saya minum. Mula-mula memang rasa kembung, tapi lama-kelaman, satu botol tu pun tak cukup sehari. Lagi-lagi sekarang cuaca panas ni. Pengambilan air kosong yang secukupnya sangat penting!
Minum air kosong banyak-banyak pastu asyik terkencing je. Ya, saya pun macam tu, haha. Tapi perubahan dekat badan kita akan ketara, bila kita minum air secukupnya. Dalam penjagaan skincare kita pun, air kosong menjadi keutamaan pada muka kita untuk terus kekal hydrate. Sama juga dengan diet, kepentingan air kosong lebih tinggi daripada skincare. So, nak tak nak, kena minum. Kalau tak boleh terus buat sehari, mulakan dari bawah. Mula-mula minum 5 gelas sehari, minggu depan 6 gelas pula, dan seterusnya. Walaupun langkah kita lambat, tapi Insha Allah akan tercapai goal yang kita nak tu. Take a slow step, still have effect your result in future.
Buat penggemar coffee, tapi nak yang betul-betul plain, takde susu, takde gula, boleh try americano. Memang pahit, tapi bila lama-lama saya ajar lidah saya untuk minum, sekarang sudah jadi rutin setiap pagi. Bagi saya, coffee yang murah dan sedap, saya beli sahaja Essenso. Yang saiz kotak ada 12 sachet. Harga pun murah, kalau beli dekat speedmart lah, dekat Lotus agak mahal sedikit hihi. Tapi still di bawah RM15.00.
Saya stop dulu sampai sini, saya akan sambung di post yang seterusnya. Saya ceritakan lebih detail lagi tentang amalan-amalan yang saya sebut atas tadi, dan juga penerangan terperinci pasal senaman tadi. Semoga berguna konten saya kali ini. Jumpa di post seterusnya!
Part seterusnya:
Part 2: Pemakanan dan senaman perlulah seiring.
Tengok juga
Comments
Post a Comment