Pengalaman dunia perakaunan dari SPM hingga Degree, ketahui kelebihan memilih bidang perakaunan dan kewangan.

https://talentsourcestaffing.com/
Hai! Untuk post kalini, saya nak kongsikan sedikit pengalaman saya memilih bidang perakaunan ni sebagai hala tuju saya untuk karier akan datang dan mungkin saya akan ceritakan sedikit tips untuk student yang asalnya alirsan sains tapi mahu bertukar cita rasa memilih course akaun di universiti/kolej kelak.

Bagi saya yang dah berpengalaman mengambil bidang perakaunan ni dari zaman SPM sampailah dah nak habis degree ni, tidaklah terlalu mudah tetapi tidak juga terlalu sukar. Dari SPM ke diploma dan terus ke Degree, ada cabaran-cabaran dia. Untuk di tahap SPM ke diploma bagi saya, ianya lebih kurang sama. Tapi ketika itu saya belajar dari tahun 2019. Kalau ikut silibus sekarang, dengar-dengar silibusnya agak mencabar disebabkan ada beberapa silibus dari degree masuk ke diploma. Itu yang berlaku di kolej sayalah. Kalau UITM saya tak beberapa pasti. Jadi, ada lah peluang untuk student aliran sains bertukar aliran ke akaun kalau mahu ambil ke tahap diploma sebab masih lagi diajar basic perakaunan tu. Bergantung pada lecturer dan institusi tersebut. Tapi disebabkan ada silibus yang baru, korang perlu study lebih dan cepat catch up apa yang diajar tu.

Buat yang dari SPM dah ambil perakaunan, korang sangat beruntung sebab apa yang belajar dekat SPM tu adalah basic yang sama diajar dekat Diploma Accountancy tu. Tapi language lah. Kebanyakan institusi background course accounting mesti diajar dalam English Language. So, apa yang biasa korang belajar dekat SPM mengikut term dalam BM akan ditukar ke English. Tidak mengapa, perlahan-lahan belajar dan fahami. Kalau korang dah power in basic, term ni tak kan menjadi masalah buat korang.

Kalau basic accounting korang dah kukuh masa SPM, memang tak jadi masalah untuk tempuh perjalanan masa Diploma. Cuma maybe korang akan mengambil masa untuk fahami macam mana nak buat assignment, tugasan-tugasan yang melibatkan aktiviti luar kolej, ada quiz, test dan sebagainya. 

Ni tugasan minit-minit terakhir sebelum dua-tiga minggu sebelum peperiksaan akhir akan bermula. Memang jadi mata pandalah masa ni disebabkan tak cukup tidur dan kejarkan deadline setiap task tu. Kopi pun menjadi peneman di kala malam yang dingin haha. Paling gila minum sampai dua cawan tak nak bagi ngantuk. Masa tu saya kejarkan masa study pecut untuk Final Exam.

Berdasarkan gambar di atas, adalah momen-momen tersakiti masa menempuh zaman belajar di universiti. Tapi gambar itu semasa saya mengambil degree. Bukan diploma. Diploma tidaklah seteruk Degree. Masih lagi boleh enjoy waktu diploma dulu. Bila sudah bermula pengajian saya di Diploma, adalah normal untuk kita semua mengalami kejutan budaya dari segi pembelajaran. Kita akan banyak buat tugasan berbanding belajar. Boleh dikatakan kita akan belajar final exam itu seminggu sebelum atau beberapa hari sebelum start final exam. Tetapi tidaklah semua topic yang masuk. Cuma yang membebankan kalau semester itu hampir semua subject yang diambil ada paper final, selamat datang dunia burung hantu!

Untuk pemilihan setiap subject yang dibuat untuk setiap semester, saya galakkan korang ambil subject senang campur dengan subject susah. Kalau amik semua senang pada awal semester, dan akhir semester yang susah-susah, alamatnya merana lah korang semester akhir tu. Biarlah setiap semester tu ada subject susah, supaya kita akan tercabar dan semangat untuk belajar sepanjang pengajian korang. 

Untuk diploma ke degree, seperti yang berlaku di kelas saya dulu, ada student yang sambung degree accountancy, ada yang sambung course lain, dan ada juga yang terus bekerja. Tidak dilupakan juga student yang dah ada kerjaya, tapi menyambung pengajian separuh masa di universiti. Untuk jalan ni, korang akan kerja macam biasa, dan belajar pada weekend. (kawan beritahu)


From: Quora

Tak semua yang sudah ada diploma accountancy ingin menyambung course yang sama untuk degree mereka. Boleh jadi mereka sendiri tidak mampu bawa course itu ke degree, ada juga ingin menukar cita rasa seperti pergi ke bidang, finance, business mahupun sastera atau mathematician. Ada juga yang sebenarnya mampu bawa, tapi tidak mahu amik risiko, mungkin matlamat mereka ingin mendapatkan dekan setiap semester. Degree accountancy adalah orang yang betul-betul minat dan usaha yang consistent untuk mendapatkan dekan setiap semester. 

Bukanlah saya ingin melarang korang untuk ambil degree account ini, saya cuma tak nak bila orang lain jadi seperti saya, menyesal di hujung-hujung pengajian haha. Sememangnya saya hanya mampu teruskan hingga habis sebab tinggal lagi 2 semester sahaja. Jadi korang betul-betul yakin yang korang mampu bawa course ni, at the same time you guys need more struggle and always consistent your study. Belajar sambil main-main di tahap degree ni adalah kesilapan besar, sememangnya korang betul-betul kena fokus apa yang perlu dicapai.

Bak kata student-student luar negara yang saya selalu jumpa dekat reels Instagram, study hard now for your dream future. Bermaksud, bersusahlah sekarang, supaya korang dapat kesenangan untuk future nanti. Tak lama pun, sikit je lagi. 

Lupa saya mahu ceritakan kelebihan amik perakaunan dan finance ni, untuk perakaunan ni, sudah semestinya korang akan berpeluang untuk membina kerjaya korang di accounting field, bukan sahaja accounting, malah auditing, taxation, mahupun corporate secretary. Bidang perakaunan sangat luas, korang yang minat mengajar, boleh jadi pensyarah tetapi paling minimum memerlukan Master. Kerja di company pun boleh sama ada accounting firm ataupun company biasa yang saiz sederhana mahupun yang besar. Tidak dilupakan juga hampir setiap student account ingin membina kerjaya di company Big4 which are Deloitte, KPMG, PWC and Ernst Young. Semestinya gaji yang lumayan tetapi kerjanya juga berbukit-bukit seperti taraf gajinya juga. Tidak silap saya, sekarang Malaysia tengah kejarkan pencapaian sepenuhnya untuk lahirkan accountant professional sebanyak 60,000 yang hanya setakat ini baru sahaja ada 30,000 lebih akauntan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi akauntan yang professional!

Untuk finance, lebih kurang juga tetapi lebih kepada menjaga kewangan syarikat. Diajar macam mana nak buat budget (ada juga di perakaunan), cara duit disalurkan ke arah yang betul dan berserta teknik-tekniknya, dan juga cara beranakkan lagi duit company tersebut. Finance ni berkait rapat juga dengan accouting dan investment, mereka saling memerlukan untuk menaikkan lagi performance company tersebut. Yang untungnya finance ni, korang akan belajar juga personal finance, ilmu yg sangat laku untuk dunia sekarang memandangkan income pekerja sekarang tidak setaraf dengan perbelanjaan kehidupan harian sekarang. Personal finance ni sangat penting dan patut diterapkan untuk setiap orang bekerja, mahupun surirumah atau bekerja dari rumah. 

From: Dreamstime.com

Itu sahaja untuk post kali ini, semoga dengan post ini dapat membantu korang untuk memilih jalan yang tepat selari dengan kamampuan dan minat korang. Ada satu tips, buat student yang korang sendiri tak tau apa yang korang minat, pilih sahaja course yang memberikan peluang pekerjaan yang banyak, especially dari bidang IT yang sekarang ni banyak company menggunakan IT dalam pengurusan dalaman mereka. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang!

Comments