Assalamualaikum semua! Untuk sambungan post sebelum ni, saya ceritakan tentang apa yang saya amik untuk pengambilan makanan semasa saya diet. Saya sambung daripada post lepas. Jadi seterusnya, fastfood yang kita selalu kenal, dengar dan selalu amik. Sedap memang sedap. Memang memuaskan hati kita, tapi untuk kesihatan, disebalik yang berlaku sebenarnya. Macam apa yang saya beritahu sebelum ni, saya tak suruh benti terus makan fastfood tu, tapi kurangkan. Ambil ketika waktu cheat day ataupun limitkan pada berapa kali amik sebulan. Sebab kita manusia lumrah ada nafsu makanan tapi kena pandai kawalnya. Lagi bagus dan baik jika ditinggalkan terus. Macam saya dulu diet memang tak ambil langsung walaupun ada cheat day. Sebab saya suka manisan. Jadi saya gunakan cheat day untuk minum atau makan makanan yang manis, tapi dalam keadaan terkawal. Janganlah dari breakfast sampai ke dinner asyik manis. Saya sendiri pun tak larat makan manisan seharian.
Promova |
Pengambilan gula yang berlebihan juga boleh beri kesan pada kenaikan berat badan. Contoh yang terdekat dengan kita, minuman manis yang kita ambil setiap hari. Seperti teh tarik, milo, kopi susu, atau o, air sirap dan sebagainya. Boleh minum tapi berkala. Actually, makanan yang kurang sihat ni boleh sahaja diambil, tapi berpada lah. Walaupun satu hari nanti kita dah kurus, tetap kena jaga cara pengambilannya. Kalau pandai jaga, Insha Allah berat badan kita akan sentiasa terkawal. Kalau boleh kawal juga pengambilan susu pekat yang selalu ditambah ke minuman air untuk menjadi lebih sedap dan lazat. Amik berpada dan bukanlah amik setiap hari. Bahaya. Tapi kalau korang dapat buat semua benda ni, memang akan nampak perbezaannya.
neuroversiti |
Okay untuk pengiraan kalori pula, saya akan gunakan Calori Calculator (Freedieting: Calorie Calculator). Calculator ni akan kira berapa kalori sehari kita perlukan mengikut usia, berat badan, dan tinggi kita. Dan juga berapa kerap kita bersenam pun akan effect pada pengiraan kalori seharian. Contoh saya punya kalori intake:
Ini berat saya sekarang, memang agak berat berlebihan sebab saya tak jaga makan sekarang. Tapi saya percaya saya boleh turun balik dengan jaga makan sahaja. Saya tak perlu risau sebab makanan sahaja perlu dijaga dan saya pula sertai latihan silat yang di mana saya perlu boost energy saya untuk maintain stamina tu. Jadi saya boleh saja nak turun balik berat badan ni tetapi masih belum jumpa lagi motivation tu haha. Baik, berbalik pada gambar di atas, jika saya mahu maintain saya punya berat, saya perlukan 1500+ kalori sahaja sehari, tetapi jika saya mahu lost weight, saya akan ikut 1200+ kalori itu. Untuk extreme fat loss, mengikut Coach Yana (Youtuber), beliau tak galakkan ikut sebab, terlalu extreme, dan boleh beban kan kita. Untuk yang betul-betul motivated dan tiada masalah kesihatan mungkin boleh, tapi saya sendiri tak pernah ikut yang extreme tu. Proses diet tak perlu laju-laju untuk dapatkan hasil dengan segera. Enjoy saja proses tu, baru kita rasa happy nak lalui dunia diet ni setiap hari. Calculator calorie ni juga tips by Coach Yana, terima kasih Coach! Korang boleh follow Channel Youtube Coach Yana theyamans (Coach Yana) untuk tau lebih lanjut pasal makanan dan senaman. Buat pengetahuan umum korang, kalori intake kita untuk different gender, adalah lain ye. Lelaki memang memerlukan kalori yang lebih daripada perempuan.
Okay next untuk senaman. Senaman ni ada dua jenis, Cardio dan Weight Lifting. Senaman cardio terdiri daripada joging, basikal, berenang yang melibatkan keseluruhan anggota badan semasa melakukan senaman tersebut. Manakala senaman Weight Lifting, adalah terdiri daripada squat, push-up, ataupun menggunakan dumbell dekat gym tersebut. Senaman weight ni specific untuk beberapa anggota seperti lengan, perut/abs, kaki, pinggul/butt, dan sebagainya. Seperti proses diet saya yang dahulu, saya fokus kan kepada cardio, and bila dah capai di tahap pleatu, saya perlu lebihkan senaman weight lifting sebab masa tu berat dah susah nak turun. Disebabkan PKP melanda masa 2020 ke 2021, jadi saya tak dapat nak keluar rumah. Caranya saya pakai app senaman yang ada dekat playstore tu. Ini apps dia:
Lose Weight App For Women |
Tapi yang ni app untuk perempuan, kalau lelaki pandai-pandailah eh cari sendiri hihi. Banyak je apps senaman dalam playstore, lagi best sebab senaman disediakan tu kebanyakan atau hampir semua menggunakan berat badan kita as weight lifiting. Macam push-up, senaman ni guna badan kita untuk naikkan otot bahagian lengan. By the way, dalam app di atas ni memang best, korang boleh pilih nak plan untuk lose weight ke, built muscle, lose bellly fat dan sebagainya. Ada juga senaman yang ringkas, tapi macam biasa lah, akan ada iklan yang akan suruh kita beli plan tu haha. Jadi saya fokus yang main exercise dorang sediakan tu je. Memang berkesan!
Setakat ini sahaja rasanya konten saya kalini. Kalau ada tips yang saya teringat or terlepas, saya akan kumpulkan dan buat untuk post yang seterusnya. Maaf ambil masa untuk upload new post. Sebab saya jaga kualiti daripada kuantiti. Saya nak pastikan post yang di upload berguna untuk semua orang. Terima kasih pada siapa yang dah follow and baca konten saya selama ini! Xie Xie nimen!
Kita akan berjumpa lagi di post seterusnya! Bye-bye!
Part sebelum post ni:
Menarik. Got to work hard to diet but hmm food is too good :'0
ReplyDeleteHahah yess, food is one of difficult thing to control when im in diet :)
Delete