Buku Catatan Pertama 1.0 (Jurnal Khas) / Perakaunan T4 Bab 4

Hai Assalamualaikum!

Kali ini saya nak sambung bab buku catatan pertama yang saya akan terperincikan untuk jurnal khas. Saya harap semua yang membaca ni dalam keadaan sihat walafiat! 

Sebelum ini, saya ada beritahu yang jurnal khas ni banyak anak-anak dia. Boleh tengok gambar rajah di bawah.

Buku Teks Prinsip Perakaunan Tingkatan 4

Sebagaimana yang semua korang tahu, jurnal adalah proses kedua dalam accounting cycle dimana selepas kita telah mengenal pasti, proses doumen dan data dan seterusnya merekod segala dokumen-dokumen transaksi ini kepada jurnal-jurnal di atas. 



JURNAL BELIAN

Jurnal Belian ini berfungsi sebagai:

  • Rekod semua transaksi yang berkaitan dengan beli inventori secara kredit.

  • Kita sebagai pembeli inventori akan menerima invois asal daripada pembekal

  • Kesilapan transaksi seperti terkurang caj, pembekal akan memberikan nota debit di mana nota debit akan direkod sebagai tambahan belian. Nota debit ASAL yang akan kita terima, manakala pembekal akan menyimpan nota debit yang SALINAN.

Contoh situasi yang melibatkan Jurnal Belian:

1/9 Membeli inventori secara kredit daripada Kedai Bakeri TokMah dengan nilai RM2,500

4/9 Mendapat notis dalam bentuk nota debit daripada Malfoy Trading. Notis itu mengatakan terkurang caj sebanyak RM200 untuk pembelian produk B 

13/9 Membeli inventori secara kredit daripada Amirah Enterprise dengan nilai RM1900



JURNAL JUALAN

Jurnal Jualan berfungsi sebagai:

  • Rekod jualan barang niaga yang dijual kepada pembeli secara kredit/hutang

  • Untuk invois terbalik dengan jurnal belian di atas, kita sebagai penjual akan menyimpa salinan invois, manakala pembeli/pelanggan akan menerima invois asal yang kita berikan kepada mereka. Sebagai sumber dokumen dan bukti transaksi yang kita buat. 
  • Jika terkurang caj, nota debit akan dikeluarkan kepada pembeli dan akan direkodkan juga dalam jurnal jualan.


Contoh situasi yang melibatkan Jurnal Jualan:

1/9 Perniagaan menjual inventori yang bernilai RM4,000 kepada Hanis Trading secara kredit

3/9 Hanis Trading menambah pembelian inventori secara kredit yang bernilai RM1,500.

18/9 Terkurang caj  sebanyak RM1,000 untuk penjualan inventori kepada Samad Enterprise. Nota Debit diberikan kepada Samad Enterprise untuk memberi notis kepadanya.  



JURNAL PULANGAN BELIAN

Jurnal Pulangan Belian berfungsi sebagai:

  • Juga dikenali sebagai pulangan keluar. Secara imaginatif, barang niaga yang dipulang perlu dibawa keluar dari perniagaan dan akan mengurangkan kuantiti inventori tersebut. 
  • Merekod urusan transaksi pulang barang niaga kepada pembekal. 
  • Sebab-sebab dipulangkan, sama ada barang niaga rosak, salah jenis produk dan sebagainya.
  • Untuk transaksi pulang, kita perlu guna nota kredit. Salinan akan disimpan oleh kita sebagai penjual, manakala pembeli akan menyimpan nota kredit yang asal. 


Contoh situasi yang melibatkan Jurnal Pulangan Belian:

10/9 Menerima nota kredit daripada Kedai Bakeri TokMah dengan mengatakan jumlah barang yang perlu dipulangkan akibat rosak sebanyak RM200 kepada perniagaan.

20/9 Nota kredit yang diterima daripada Aminah Enterprise untuk proses pemulangan barang niaga kerana kesilapan jenis produk. Nilai inventori tersebut adalah RM135.




JURNAL PULANGAN JUALAN

Jurnal Pulangan Jualan berfungsi sebagai:

  • Juga dikenali sebagai pulangan masuk. Sama seperti pulangan keluar di atas, secara imaginatif, barang niaga yang telah dijual (keluar) perlu membawa masuk ke perniagaan kita dan akan menambah kuantiti inventori tersebut. 
  • Sebab-sebab dipulangkan sama seperti pulangan belian di atas.
  • Untuk pulangan jualan, kita sebagai penjual akan memberikan nota kredit yang asal kepada pembeli untuk memaklumkan ada transaksi pemulangan barang sebagai bukti. 


Contoh situasi yang melibatakn Jurnal Pulangan Jualan:

5/9 Perniagaan memberikan nota kredit kepada Hanis Trading kerana didapati ada kerosakan pada barang niaga. Inventori masuk ke perniagaan sebanyak RM500.

10/9 Nota kredit diberikan kepada Samad Enterprise kerana tersilap jenama barang niaga yang dijual bernilai RM200.


Okay semua, setakat ini sahaja yang saya akan ceritakan tentang jurnal-jurnal ini. Sebelum itu, jurnal penerimaan tunai dan pembayaran tunai saya tak jelaskan secara detail kerana semasa di sekolah saya tidak belajar secara terperinci tentang jurnal ini. Jualan dan belian tunai saya akan rekod di Buku Tunai, di mana saya akan post sebagai topic baru. 

Jumpa korang di next post! Terima kasih sudi membaca!

Comments