Buku Catatan Pertama 2.0 (Buku Tunai) / Perakaunan T4 Bab 4

Hai dan Assalamualaikum!

Untuk blog kalini, saya akan terperincikan berkenaan dengan Buku Tunai, yang kita akan rekod untuk traksaksi jual beli yang melibatkan cash/tunai sama ada di tangan atau di bank. Tunai di tangan dan di bank sahaja yang kita rekod dalam ni, kalau hutang kita akan rekod jurnal, seperti saya sudah terangkan konten lepas. 

Buku Teks Prinsip Perakaunan Tingkatan 4

Diagram di atas menunjukkan format bagi buku tunai. Buku tunai menggunakan konsep seperti lejar, di mana untuk sebelah kiri kita akan rekod tunai yang masuk ke dalam perniagaan kita, manakala sebelah kanan kita akan rekod tunai yang keluar. Kalau awak fahami konsep persamaan perakaunan, tunai adalah sebahagian dari asset, jadi asset kita akan rekod debit untuk masuk, dan kredit untuk keluar. Sama seperti buku tunai ini. 

Kalau awak semua perasan di sebelah debit, kita ada diskaun diberi, manakala di sebelah kredit, kita ada diskaun diterima. 

Diskaun diberi: Diskaun diberi ini adalah diskaun yang kita beri kepada pelanggan hasil daripada jualan. Tujuannya tertentu adalah seperti, menggalakkan pelanggan membayar hutang awal, atau membeli secara pukal. Kita perlu anggap diskaun diberi ini sebagai belanja, kita yang perlu keluar duit untuk beri diskaun kepada pelanggan. Ianya adalah kontra dengan akaun jualan. 

Diskaun diterima: Sama juga seperti konsep diskaun diberi, tapi diskaun diterima adalah hasil kita membeli barang niaga daripada penjual. Ianya adalah kontra dengan akaun belian. 


Contoh soalan di bawah: (diambil dari Buku Teks Prinsip Perakaunan Tingkatan 4)


Urus niaga berikut diambil daripada buku Perniagaan Aydah Maju:

2016                                                                                           

Jun 1 Baki tunai di tangan RM2 250

          Baki tunai di bank RM8 335

       2 Terima cek daripada Kedai Khalil RM1 700

       3 Keluarkan wang tunai dari bank untuk kegunaan pejabat RM1 000

       5 Jualan tunai RM1 400

       7 Bank pulangkan cek Kedai Khalil bertanda “Rujuk kepada Penyuruh Bayar”  RM1 700

       8 Beli mesin dengan cek RM2 500

     10 Terima komisen dengan cek RM950

     12 Bayar hutang Perniagaan Murni dengan cek dan terima diskaun berjumlah RM45   RM1 050

     13 Beli barang niaga secara tunai RM840

     14 Terima cek pinjaman dari Bank SME untuk kegunaan perniagaan RM5 000

     15 Ambilan tunai untuk kegunaan peribadi RM800

     18 Terima cek daripada Encik Jerry dan memberi diskaun sebanyak RM40    RM970

     19 Beli barang niaga dengan cek RM1 250

     20 Beli alat tulis secara tunai RM70

     21 Jualan tunai RM1 680

     23 Beli komputer dengan cek RM2 780

     25 Masukkan tunai perniagaan ke dalam bank RM500

     26 Bayar gaji pekerja dengan cek RM1 200

     28 Bayar sewa kedai dengan tunai RM700

Ini jawapan untuk soalan di atas:



Penerangan:

  • Masukkan seperti biasa baki awal atau baki b/b di sebelah debit iaitu kiri, di mana asas tunai dan bank adalah debit. 
  • Kalau jualan atau belian ada diskaun diberi dan diterima, jangan lupa letak sekali, walaupun tidak termasuk dalam pengiraan baki h/b. 
  • Selepas rekod semua transaksi dalam buku tunai, imbangkan. Yang belah mana sedikit atau kurang, akan ditambah butiran iaitu baki h/b. Seperti soalan di atas, kedua-dua tunai dan bank nilai yang kurang adalah disebelah kredit, jadi kita akan rekod baki h/b disebelah kredit. Baki h/b adalah lebihan selepas kita rekod semua transaksi. Sama ada lebihan itu positif atau megatif, bergantung pada pengiraan kita nanti. 
  • Lepas saja rekod baki h/b, terus rekod untuk baki b/b pada bulan hadapan iatu bulan Julai, seperti jawapan di atas. Kalau baki h/b adalah kredit seperti jawapan di atas, maka baki b/b bulan hadapan adalah di sebelah debit. Seperti mana kita mula-mula rekod baki b/b pada bulan itu.

Jawapan yang dibentangkan di atas, adalah jawapan saya buat sendiri. Andai ada yang tersilap boleh komen, untuk baiki semula. Tapi konsep dan teori buku tunai ni Insha Allah, saya terangkan mengikut apa yang cikgu saya ajar dulu termasuk reference daripada buku teks. 


Nota ringkas untuk Buku Tunai:


Untuk buku tunai runcit, saya akan post blog seterusnya. Belajar step-by-step, supaya mudah untuk faham dan tak terlalu banyak info dimasukkan sekali gus. Kita belajar pun mestilah berpada-pada, rehat apabila penat, dan sambung apabila sudah bersedia. Maklumat yang diterima sukar difahami dan masuk ke minda jika minda kita sendiri pun sudah penat. Rehat yang sekejap tidak akan terjejas, malah sangat bagus untuk kesihatan mental.  Kita akan berjumpa di blog seterusnya. Terima kasih jika kalian membaca sampai habis!

Comments