"Wahh! Cantiknya rumah ibu ayah ni!" terpegunku sekejap dengan keindahan rumah agam ini. Cantik wei ada laman hijau tapi air terjun mini takde pula hmm hampa jap.
"Takdelah Riana, biasa2 je. Ini pun idea ibu dan ayah jugak. And, ibu nak bagitau something. But, ibu minta maaf kalau ia tak menyenangkan kamu.
Uihh?? Seram pulak aku, ada hantu ke dlm rumah ni? Huahhh nak takk nakk kita takuttttt!
"Jom ikut ibu naik atas."
Perlahan lahan aku naik tangga mengekori ibu. Langkah ibu terhenti di hadapan satu bilik. Ibu mengetuk pintu tersebut berkali-kali. Tiba-tiba, pintu itu terkuak sedikit. Ibu berkata sesuatu kepada seseorg dlm bilik itu tapi tidak didengari dengan jelas.
Budak perempuan itu tetiba datang dekat dengan aku. Mata dia merenung aku dari atas sampai bawah. Dah kenapa? Tak pernah tengok manusia ke apa? Baru keluar dari gua eh??
"Sapa ni bu? Tetiba ada budak tudung labuh kat sini. Nak tunjuk yang dia alim lah tu" kata budak perempuan tersebut.
Amboi, sesedap rasa dia kata aku mcm tuh. Pedih telinga aku dengor! Ni kalau aku yg sebenar dah lama budak ni aku cerai baraikan!
"Rin, apa kamu cakap ni? Lupa ke harini ibu nak ambil seseorang jadi anak angkat keluarga ni? Adik beradik kamu juga! And one more thing, ibu tak pernah ajar kamu mcm tuh! Dah! Kamu turun sekali. Join sekali lunch dengan kami." arah ibu.
Budak perempuan yg bernama 'Rin' pun melangkah menuruni tangga. Semasa dia lalu tepi aku, dia ade berbisik sesuatu padaku.
"Huh, kau fikir kau layak ke ada dalam keluarga ni?" terus Rin melangkah laju menuruni tangga
Wow, first day jadi keluarga angkat memang macam ni eh situasinya? Dah kenapa? Senang-senang dia tentukan aku ni layak tak layak? Ibu dan ayah yang amik aku. So? bisikku dalam hati. Ibu terus senyum padaku.
"Biarlah si Rin tuh. Dia mmg macam tu. Maaflah kalau setiap kata, perbuatannya membuatkan kamu sakit hati. Takpelah, Riana letak barang2 ni dulu dekat bilik sebelah ni eh." kata ibu.
Woooowwooowwoo! Dekat sebelah bilik dia? Aduhhh!! Dah tak suka aku, pastu bilik aku dekat bilik sebelah dia? Cari nahas betul.
Aku dengan ibu terus turun ke bawah untuk makan tengahari. Aku rasa yg berlari ke dapur tu pembantu rumah mungkin.
"Hah Riana, ni Mak Milah. Hah, Mak Milah nilah orgnya yg ibu ceritakan masa dalam kereta tadi." ibu perkenalkan aku kepada Mak Milah. Aku menyalami tangan Mak Milah.
"Ouh ni Riana lah ya. Cantik orangnya. Hmmm, sejuk mata Mak Milah memandang." kata Mak Milah
Haihhlahh kembang kempis hidungku! Ahaks!
"Hihi, takdelah saya biasa2 ja Mak Milah." balas aku.
Kami pun menjamu selera. Aku sedar and aku perasan. Budak tu selalu pandang aku. Ibu kata aku sama umur dengannya. Nama dia Nurin Qaisarah. Ibu kata dia berubah, sejak ada peristiwa yang berlaku pada diri dia. Hmm yang itu, ibu belum cerita lagi. Maybe malam ni, ibu aku ceritakan semuanya.
Seusai makan, aku terus meminta diri untuk ke bilik. Yelah aku baru pindah. Nk kemas ler baju2 masuk dlm almari. Bila aku lalu di hadapan pintu Rin, rasa seriau je. Memanglah aku berani. Berani dalam hati! Ahahahah tapi dekat luar nampak betul aku ni penakut. Cehh!
Waktu malam sudah pun tiba, nilah yg aku nnti2 kan. Ibu pun mengajak aku duduk di ruang tamu. Si Rin tuh entah ke mana hilang. Mesti ada dalam bilik dia lah tu. Ayah pula duduk di satu sofa single. Fuhh berdebar mak aik.
"Riana.." Panggil ibu.
"Ye ibu?"
"Kamu nk tau pasal Rin tuh?" Tanya ibu.
"Kalau boleh memang saya nak. Kalau ibu tak keberatan nak cerita, saya sedia menadahkan telinga saya nak dengar semua cerita ibu dengan teliti. Hihi." Balas aku
"Amboi ayat. Macam mana nak mula eh. Eh abang. Daripada abang diam tuh, abang mula lah dulu." Balas ibu.
"Adeh boleh pulak pass2 cerita. Pandai ibu ngelak eh. Hahahahaha." Balas aku
"Ibu kamu tuh memang. Yelah, takpe2 biar abang yang mula." Balas ayah yg sejak tdi mendiamkan dirinya. "Ceritanya bermula, kami dikurniakan dua orang anak. Kembar perempuan. Hidup diorang sangat bahagia dan keletah mereka ni juga menjadikan ubat gembira kami selepas balik dari tempat kerja. Selalu ke mana sahaja, asyik berdua. Kalau sorang itu sedih, yang lagi sorang mesti akan dapat rasa kesedihan tuh. Tapi entah macam mana suatu hari tu..." penceritaan ayah terhenti apabila kedengaran seperti ada bunyi barang jatuh and pecah.
Terus aku bangun, ibu ayah pun sama. Bergegas ibu dan ayah naik ke atas. Ibu ayah terus masuk dlm bilik Rin. Aku tengok dekat lantai serpihan kaca bersepah. Aku kaget. Baru sehari aku tinggal sini. Camne hari seterusnya. Ibu ayah terus dapatkan Rin. Aku masih kaku dekat tepi pintu bilik. Aku cuma melihat ibu dan ayah pujuk Rin tuh. Sejak ayah cerita pasal diri Rin, aku rasa simpati.
Adakah ibu dan ayah aku amik aku sebagai peneman untuk Rin?
Persoalan bergema dalam minda aku. Tiba2 aku kedengaran tangisan seseorang. Aku melihat Rin yang nangis. Wush terkejut aku tengok dia nangis. Apahal dengn dia ni. Pagi tadi mcm nak tetak aku, malam ni dia down lah pula. Ibu ayah terus selimutkan Rin. Ayah bersihkan serpihan kaca tersebut. Ibu bawa aku pergi ke ruang tamu semula. Selepas semua selesai, ayah menyambung cerita yang tergantung tadi.
Comments
Post a Comment