Prolog

 “Tahniah Ariana.  Kamu telah menjadi sebahagian daripada ahli keluarga Encik Saiful." kata Ummi.

 

Masih terngiang-ngiang ucapan daripada Ummi Nad. Entah percaya atau tak, aku sudah ada keluarga. Tak tau rasa sedih atau gembira. Yelah hampir 9 tahun aku tidak ada keluarga. Aku dah takde sapa lagi kat dunia ni. Mama dan Papa dah meninggal dunia akibat kemalangan. Allah itu Maha Berkuasa, aku terselamat dlm kemalangan tersebut. Dan sekarang aku dekat Rumah Anak Yatim Yayasan. Trauma yg aku alami, sungguh lama utk dipulihkan. Ramai yg menemani aku dekat rumah ni. Terutamanya budak2. Haih lah. Seronoknya jadi budak2.

 

Masih terfikir fikir, adakah keluarga baru aku tuh baik orangnya atau disebaliknya. Huih!  Jangan lah sebaliknya. Seram. Teringat cerita pasal mak tiri. Eh tapi ni keluarga angkat. Ummi Nad kata, keluarga baru aku tuh orangnya berada. Hmm. Dulu keluarga aku pun dikira berkemampuan juga lah. Arwah papa aku dulu seorang akauntan, arwah mama pula doktor. Tapi betul kata org, kaya tak kemana pun kalau bahagia susah untuk dirasa. Masa kecik dulu, papa dan mama aku sibuk bekerja.

 

Kadang2 dapat luangkan masa sekejap je dngn papa dan mama. Itupun tak sampai sehari, papa sibuk dengan telefon and laptop, mama pula asyik oncall. Walaupun sesibuk mana pun mereka, aku tak pernah sesekali rasa terpinggir or sedih. Aku faham. Dan ketentuan takdir daripada Allah, dengan sekelip mata aku dah jadi anak yatim.

 

Tak banyak kenangan aku dengan family aku dulu. Kedua-duanya hardworking. Aku tetap bangga dengan mama dan papa aku. Diorg sedaya upaya bekerja demi aku. Tak kesah lah, itu dulu. Sekarang dah ada family baru. Dah-dah lah fikir Riana oi!  Nak bangun awal esok solat subuh. Kang subuh gajah aku esok!

 

Esok pagi tuh, aku dah siap segala barang2 aku. Tunggu family baru aku je. Yang tepi aku ni tak habis2 nak nangis. Udah lerr, bukan aku tak jenguk langsung pun.  Haih lah kawan aku sorang ni. "Riana, kau jangan lupakan kitorg tauu. Jangan lupa jenguk kitorg dkt sini. Kau kalau tak datang setiap hujung minggu aku pancung kau! " kata Aina.

"Tah Riana, tetiba dah ada keluarga baru. Bestnya!  Jaga diri kau tau Riana. Aku doakan kau menemui kebahagian yg kau cari selama ni. Huhuhu.. Sob sob" kata Haiza.

"Hahaha.. Yelahh sob sob.. Huhu aku pulak rasa nk nangis tngk korang ni. Terima kasih korang sbb jadi kawan aku!" balas aku.

 

Ummi Nad hanya tersenyum melihat keletah kami. Drama tak berbayar dihentikan sementara apabila seseorg memberikan salam di hadapan pintu bilik. Semua senyap. Ummi Nad cepat2 bukakan pintu. Dua pasangan masuk ke dalam bilik. Ummi Nad perkenalkan pasangan tersebut kepada aku.

 

"Arriana, hah nilah mak dan ayah angkat kamu."

 

"Assalamualaikum Arriana. Apa khabar? Sihat?" tanya lelaki tersebut ataupun dikenali sebagai Encik Saiful.

"Waalakaikummussalam Uncle. Baik. Riana sihat je." balas aku.

 

Kemudian perempuan disebelah Encik Saiful itu tetiba bersuara.

 

"Tak perlulah panggil Uncle sayang, panggil ibu dan ayah. Kan Riana dah jadi anak angkat kami." senyuman diberikan kepadaku. Aku membalas senyuman perempuan itu atau dikenali sebagai Puan Qaisara.

 

"Hihi, Inshaa Allah Riana cuba." sengih aku. Haihh bahagia aku rasa apabila mereka tersenyum senyum dengan aku.

 

"Oklah. Riana angkat barang kamu tuh." suruh Ummi Nad.

 

Sesampai di kereta ibu dan ayah baru aku, aku bersalaman dengan Ummi Nad. Aku happy, tapi disebalik kegembiraan terselit kesedihan kerana perlu tinggal rumah anak yatim dan Ummi Nad. Ummi Nad dah bnyak berjasa dengan aku. Aku terhutang budi padanya. Tak lupa pada kawan aku yg dua org nangis tadi haha. Aku pun peluk mereka berdua. Aku bisikkan mereka yg aku takkan lupakan diorg. Mereka mengangguk. Kami meleraikan pelukan. Kemudian aku masuk ke dalam kereta.

 

Selamat tinggal, kawan2, Ummi Nad!

Semoga kita berjumpa lagi.

Comments